Saturday, 19 April 2025

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"


Al-Muddassir

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

42 "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" 43 Mereka menjawab, "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, 44 dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, 45 dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, 46 dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, 47 hingga datang kepada kami kematian." 48 Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari orang-orang yang memberikan syafaat. 49 Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?", 50 seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, 51 lari daripada singa. 52 Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. 53 Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat. 54 Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya al-Qur'an itu adalah peringatan. 55 Maka barang siapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran daripadanya (al-Qur'an). 56 Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali (jika) Allah menghendakinya. Dia (Allah) adalah Tuhan Yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun.

Thursday, 17 April 2025

Laduni: Ilmu dari sisi Kami

Laduni: Ilmu dari sisi Kami

Al-Kahf:65 - Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

66 Musa berkata kepada Khidhr, "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" 

 67 Dia menjawab, "Sesungguh yay kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku.

Wednesday, 16 April 2025

Tuesday, 15 April 2025

Hakikat Dan Marifat

Hakikat Dan Marifat

Mahluk halus itu bayang Allah itu hakiki

https://vt.tiktok.com/ZSrCTwWjf/

Monday, 14 April 2025

Sunday, 13 April 2025

Tahlil: Maksudnya Apa?

Tahlil: Maksudnya Apa?

Surah Muhammad:19
19 Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.

Soalan
Jika ada kematian, adakah benar pendapat yang berkata tidak perlu melakukan kenduri? Adakah boleh saya mensedekahkan pahala bacaan Yasin dan Al-Fatihah atau saya hanya mendoakan mereka sahaja setelah membaca surah-surah itu?

Jawapan
(Oleh Ustaz Haniff Hassan)

Isu sama ada boleh atau tidak boleh bertahlil adalah isu yang diperselisihkan para ulama sejak ratusan tahun dulu. Pandangan yang dinyatakan mewakili hanya satu daripada pelbagai pandangan yang ada. Saya tidak mengatakan pandangan itu salah tapi hanya untuk mengatakan ia tidak memberi hukum yang muktamad dalam isu ini. Ia benar setakat bagi mereka yang ingin berpegang dengan hujah-hujahnya sahaja tapi tidak boleh dipaksakan ke atas orang lain atau dijadikan pegangan semua Muslim.

Dalam masalah seperti ini, tidak akan boleh sama sekali untuk meminta semua Muslim berpegang dengan satu pendapat sahaja.

Kita boleh berbincang mengenai hujah masing-masing pihak tapi akhirnya setiap pihak haruslah bersedia untuk berlapang dada dan menghormati pendirian yang lain.

Siapa yang degil dan berkeras hanya pandangan dia sahaja yang betul, dialah yang tercela kerana kedegilannya dan kerana ingin menjadikan sesuatu hukum yang sebenarnya tidak muktamad menjadi sesuatu yang muktamad.

Walau bagaimanapun, tahlil ini hanyalah satu amalan sunat, bukan wajib. Jadi perkara yang sunat janganlah diwajibkan ke atas diri sendiri atau ke atas orang lain. Apatah lagi hingga membebankan pula. Sebaik-baik sedekah amalan yang hendak dibuat bagi ibu bapa ialah yang datang daripada anak-anaknya sendiri langsung dan dilakukan setiap hari atau sekerap mungkin.

Jangan jadikan majlis kenduri sebagai ganti sedekah seorang anak kepada orang tuanya yang telah pergi.

Umumnya, yang melakukan seperti itu, (bukan semua), ialah mereka yang sama ada tidak tahu atau tidak rajin beribadah. Maka sebab itu ia serahkan tanggungjawab berbakti kepada orang tua yang telah meninggal kepada orang lain.

Namun perlu ditegaskan, majlis kenduri untuk 1, 3, 7, 40, 100, 365 hari dan yang sedemikian, memang tiada dasarnya dalam Islam. Ia adalah resapan budaya lain ke dalam amalan orang Melayu. Oleh itu, hendaklah ia ditinggalkan. Ertinya, jika hendak menganjurkan kenduri, buatlah pada masa-masa yang dirasakan sesuai dan bukan kerana sempena hari ke berapa setelah kematian.

Akhir sekali, terserahlah kepada anda, mahu berpegang dengan pandangan yang mana. Yang penting ialah faham dasar-dasar setiap pandangan dan apa jua pandangan yang hendak dipegang, hendaklah menghormati pegangan orang lain. Janganlah pula merunsingkan diri kerana pegangan orang lain.

Tiada masalah untuk bertukar pandangan dengan orang lain dalam isu ini, tapi tidak perlu berdebat panjang-panjang kerana, seperti yang dikatakan, tidak akan mungkin ada kesepakatan di kalangan umat Islam dalam hal ini dan tidak perlu juga untuk menseragamkan pendirian umat Islam dalam isu ini.

Saya berpendapat sedekah bacaan yasin dan Al-Fatihah itu diterima dan tidak sia-sia kerana ia sama dengan keharusan melakukan kenduri untuk manfaat si mati.

Anda boleh membaca tulisan atau buku yang membahaskan isu dari kedua-kedua sudut pendapat yang bersetuju dan menolak serta dalil-dalil bagi menyokong pendapat masing-masing kerana ruang di sini terhad untuk menerangkannya.


Wahabi

Wahabi

https://vt.tiktok.com/ZSr9UB6Qw/