Monday, 19 January 2026

Ancaman Politik Wahabi & Liberal

🛑 Ancaman Politik Wahabi & Liberal

Kecenderungan utk menjadi pengikut dajal akhirnya dgn asbab -

1. Tiada kaedah dlm pemahaman nas dan pengeluaran hukum.
2. Memahami nas dgn makna zahir semata2.
3. Memahami ayat2 mutasyabihat tentang Tuhan secara literal sehingga menjadikan tuhan blh berada di arasy, di langit dan di bumi, tuhan beranggota yg akhirnya blh membawa kpd mengisbatkan dajal sbg tuhan.

Peringkat perkembangan Wahabi : 

1. Tasyaddud (keras - byk perkara tidak boleh, bidaah, syirik)
2. Tasahul (bermudah2 - boleh melakukan byk perkara yg menjadi larangan dan meninggalkan byk perkara yg boleh diamalkan)
3. Liberal (menghalalkan sesuatu yang haram). 
4. Ilhad ataupun ateis. Ini berlaku apabila akhirnya Tuhan dilihat sbg sesuatu yg tidak munasabah dan tidak konsisten.

——-

1. https://youtu.be/Gv8ee_qTNe8?si=zrRl0MYEJEdgcjZE

2. https://youtu.be/MTm0d9puIDM?si=LAGcspYzvv19taZ0

Jaringan liberal di Malaysia telah membawa masuk hampir semua tokoh-tokoh liberal, modenis dan sekular seperti Irshad Manji, Abdullahi an-Naim, Amina Wadud, Tariq Ramadan, Mustafa Akyol, Ulil Absar, Mun'im Sirri dan ramai lagi.

Pada Januari tahun lepas mereka membawa masuk seorang lagi tokoh liberal-sekular-modenis dari Amerika Syarikat berasal dari Turki, iaitu Ahmet T. Kuru, penulis buku Islam, Authoritarianism and Underdevelopment. Buku ini telah diterjemahkan oleh IRF dan akan dilancarkan oleh IAIS tidak lama lagi. 

Seperti kebanyakan penulis liberal dan modenis, Ahmet T. Kuru memandang serong terhadap ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan menganggap mereka anti akal, anti kebebasan dan penyebab kemunduran umat Islam. Ia mengikut dengan membuta tuli penulisan dan tuduhan tanpa asas ramai orientalis.  

Ahmet T. Kuru hanyalah seorang saintis politik, ia tidak memahami dan mengkaji sejarah Islam, falsafah Islam, teologi dan epistemolgi Islam. Pengetahuan dia tentang agama Islam sangatlah sedikit, namun telah diangkat oleh golongan liberal melebihi para ilmuwan Islam. 

Kita tertanya-tanya, mengapakah IAIS yang merupakan sebuah think tank kerajaan, yang mendapat dana awam, melancarkan buku berfahaman liberal seperti ini? Pelancaran buku ini bahkan melibatkan menteri dan mantan menteri kerajaan. Apakah agenda dan hala tuju yang ingin dibawa kepada masyarakat Islam di Malaysia yang berfahaman ASWJ dan akrab dengan Tasawwuf? Apakah fahaman ASWJ ingin diganti dengan fahaman liberalisme dari Barat?

Merujuk kepada ajaran Imam al-Shafi'i, Imam al-Ghazali, dan Tasawwuf, Ahmet T. Kuru mengatakan: "This epistemology has been the source of the antiintellectualism among the ulema, Islamists, and Sufi syaikhs. (hlm. 8 ).

Ahmet T. Kuru juga mengatakan: Part I of this book will examine how the ulema, the authoritarian state, and various alliance between them have substantially contributed to problems of violence, authroritarianism, and underdevelopment in many Muslim countries today". 

Pemikiran seperti ini jelas berbahaya kepada kesejahteraan beragama di Malaysia. Ia telah menuduh para ulama' ASWJ penyebab kepada berlakunya keganasan, pemerintahan kuku besi dan kemunduran umat Islam sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment