Tuesday, 6 January 2026

Hutang 1MDB

Hutang 1MDB

Hujah bahawa hutang 1MDB menyebabkan rakyat hilang subsidi, tidak diberi BR1M lebih banyak, dan menyulitkan kewangan kerajaan adalah hujah orang yang tidak faham asas kewangan negara.

Bukan sekadar salah faham sahaja, malah— ia tersasar, emosional, dan malas berfikir.

Mari kita luruskan satu per satu. Macam di dalam Classroom. 


PERTAMA: ISU GERENTI KERAJAAN – BUKAN “BERBILION” SEPERTI DIDAKWA

Naratif popular menyebut:
“Kerajaan terpaksa bayar berbilion kerana 1MDB.”

True story: Ini tidak tepat.

Fakta asasnya mudah:
 • Gerenti langsung kerajaan hanyalah sekitar RM1 bilion.
 • Itu adalah had maksimum liabiliti kerajaan, bukan hutang keseluruhan 1MDB.

Hutang 1MDB memang besar, tetapi hutang itu dipadankan dengan aset:
 • Tanah strategik di TRX dan Bandar Malaysia
 • Pegangan tenaga (Edra Global Energy)
 • Aset infrastruktur dan pelaburan luar negara

Apabila kerajaan “membayar”, ia bukan membakar wang, tetapi:
👉 Menstruktur semula hutang sambil mengekalkan dan menjual aset bernilai berbilion ringgit.

Hari ini kerajaan bayar berbilion kerana kerajaan juga menerima berbilion — dalam bentuk:
 • hasil pelupusan aset
 • pemilikan tanah strategik
 • projek bernilai tinggi

Kalau ini dianggap “kerugian”, maka mana-mana syarikat yang ada hutang tetapi ada aset juga patut dipanggil bankrap. 

Ini logik kanak-kanak ribena. 


KEDUA: “DUIT RAKYAT 1MDB”

Ini poin paling kerap diputarbelitkan. Iaitu Najib curi duit rakyat. Daripada mana inferens ini diperoleh hanya mereka boleh jelaskan. 

True story : Najib dipenjarakan kerana:
 • RM42 juta daripada SRC International
 • USD681 juta (±RM2.6 bilion) daripada Tanore Finance

Soalannya mudah tapi jarang ditanya:

👉 Sebelum Najib terima wang ini, pernahkah SRC atau Tanore memberi walau satu sen kepada rakyat atau kerajaan?

Jawapannya: TIDAK.
 • SRC ditubuhkan untuk tujuan pelaburan dan CSR yang bersifat politik — bukan kerja amal, bukan subsidi rakyat.
 • Tanore pula dikaitkan dengan terbitan bon bagi joint venture, dan wang itu dipercayai Najib sebagai sumbangan Arab Saudi (betul atau tidak dakwaan itu, bukan isu di sini).

Isu penting ialah:
👉 Wang itu bukan wang rakyat.
👉 Ia tidak pernah diperuntukkan untuk rakyat.
👉 Ia bukan subsidi, bukan dana awam, bukan peruntukan kebajikan.

Maka hujah “rakyat hilang duit kerana Najib ambil duit ini” adalah palsu dari sudut logik asas.

Straight forward. 


KETIGA: IMEJ MALAYSIA TERCEMAR? YA — TETAPI DI MEDIA, BUKAN DI PASARAN

Ya, imej Malaysia tercemar.Tidak dinafi. Ada buku, ada siri Netflix. Bukan bodoh macam kamu untuk elak bukti-bukti ini kerana tidak berpihak kepada hujah saya. 

Nama Malaysia tercemar. Tercemar teruk. Tetapi di mana?

👉 Di media antarabangsa.
👉 Dalam laporan politik.
👉 Dalam event politik 

Yang penting,nama Malaysia tidak tercemar di pasaran modal.

Bukti paling objektif dan tidak boleh diputar:
 • Bursa Malaysia mencatat antara “longest bull run” dalam sejarah dunia.
 • Pelaburan asing masuk secara konsisten.
 • Pasaran saham adalah indikator paling jujur — kerana pelabur tidak peduli retorik, mereka peduli untung.

Logiknya mudah:

Siapa mahu melabur berbilion dalam negara yang kononnya “rosak, kleptokrat, dan tidak stabil”?

Jawapannya: tiada siapa — kecuali jika realitinya berbeza daripada cerita media bukan? 

Dan investors ini pandai. Sebab itu mereka kaya. Semestinya, lebih arif daripada Claire Brown. Itu pasti.

Selepas “kerajaan rasuah” tumbang, diganti oleh “kerajaan New Malaysia Bebas rasuah”, investors terus keluarkan dana daripada Malaysia. Sampai best stock market in the world jadi worst in Asia. Atau world?


KEEMPAT: JIKA BENAR DUIT RAKYAT HILANG, KE MANA DUIT RAMPASAN PERGI?

Ini soalan paling setaraf level IQ mereka. 

Kerajaan telah:
 • merampas dan menerima semula puluhan bilion ringgit aset dan wang berkaitan 1MDB.

Soalannya:
👉 Berapa sen yang dipulangkan terus kepada rakyat?

Jawapannya:
👉 RM0.00.

Tiada subsidi khas.
Tiada bayaran balik.
Tiada “dividen rakyat”.

Jika benar duit rakyat telah dicuri, mengapa bila duit itu kembali, rakyat tidak menerima walau satu sen?

Why Rakyat Tak Dapat Apa-Apa:
👉 Kerana dari awal duit yang dimasukkan ke dalam akaun Najib bukan diklasifikasikan sebagai duit rakyat secara langsung. Simple as that. Nak nafi. Dipersilakan tapi akan tertera jelas kepincangan logik. 

Akhir sekali, perlu ditegaskan: Najib tidak pernah dituduh atau didapati bersalah kerana mencuri duit.

Pertuduhan dan sabitan adalah berkaitan penerimaan wang serta salah guna kuasa — bukan kecurian wang rakyat seperti yang sering dilaungkan untuk tujuan politik.

Sorry to burst your bubble.

No comments:

Post a Comment