Monday, 8 August 2016

Hadis tentang menyapu muka selepas berdoa

KHAIRU UMMAH ORG

Hadis tentang menyapu muka selepas berdoa

Posted on April 2, 2012 by khairuummah77

Diriwayatkan dalam berbagai-bagai jalan periwayatannya, maka secara himpunan periwayatan tersebut, hadis tentang menyapu muka selepas berdoa itu menaiki taraf Hasan. Lantaran itu, ianya dibuat hujah dalam persoalan sunatnya menyapu muka selepas berdoa.

Ini dapat dibuktikan melalui kata Imam keilmuan hadis iaitu Amirulmukmin fi Hadis, Al-Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani dalam ‘Bulurul Maram’ bab Zikr & Doa selepas beliau mengemukakan hadis menyapu muka selepas bedoa daripada Saidina Omar r.a.d yang diriwayatkan oleh Imam Turmizi, beliau menyatakan:

وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند أبي داود وغيره ومجموعها يقضي بأنه حسن

Ertinya:  “ Ada bagi Hadis Turmizi ini (hadis menyapu muka selepas berdoa daripada Saidina Omar r.a.d) beberapa sokongan. Di antaranya  ialah Hadis Ibn Abbas r.a.d yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya. Perhimpunan riwayat-riwayat tersebut membawa kepada bahawa ianya adalah ‘Hadis Hasan’.

Kaedah dalam ilmu Musthalah Hadis perlulah diketahui  bahawa setiap hadis daif, apabila banyak jalan periwayatannya maka ianya naik taraf ‘Hasan’ sebagaimana yg dinyatakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani juga dlm Syarah Nukhbah:

والضعيف ان تعددت طرقه أو تأيد بما يرجح قبوله فهو الحسن لغيره

Ertinya  “ Sekiranya Hadis Daif berbilang-bilang jalan periwayatan atau dikuatkan dengan hadis yang terlebih kuat penerimaannya maka ia menjadi Hasan Li Ghairihi.”

Mulla Ali Qari pernah menegaskan:  ” وتعدد الطرق يبلغ الحديث الضعيف
إلى حد الحسن ”

Ertinya : ” Hadis Daif boleh mencapai darjat Hasan (Hasan Li Ghairihi) dengan banyak jalan periwayatan”.

Lagi pula hadis-hadis menyapu muka slps berdoa dgn kedua tapak tangan ini dikuatkan dengan riwayat-riwayat lain di antaranya:-

1) Dengan perbuatan sahabat Nabi iaitu Ibn Omar dan Ibn Zubair yg tersebut dalam kitab Adabul Mufrad bagi Imam Bukhari, bab mengangkat tangan dalam berdoa, berbunyi:

قال حدثنا ابراهيم بن المنذر قال حدثنا محمد بن فليح أخبرني أبي عن ابي نعيم وهو وهب قال رأيت ابن عمر وابن الزبير يدعوان ويديران بالراحتين على الوجه

Ertinya: “ Ibrahim bin Munzir menceritakan kpd kami bahwa Mohd Bin Fulaih  mengkhabarkan bahwa bapanya meriwayatkan drp Abi Nuaim iaitu Wahb yang berkata:  Aku melihat Ibn Omar dan Ibn Zubair berdoa dan mengusap muka dengan kedua tapak tangan mereka.”

# Perlu diketahui bahwa periwayatan Mohd Bin Fulaih drp bapanya, Fulaih Bin Sulaiman adalah dibuat hujah/dalil oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahih beliau  sepertimana yang dinyatakan dlm Muqadimah Fathul Bari, m/s 435 & 442.

# Juga perlu diketahui bahwa salah satu cara mensahihkan sesebuah hadis ialah amalan menyeluruh yang dilakukan oleh Fuqaha yg bertaraf Mujtahid, maka apatah lagi para fuqaha Sahabat spt Ibn Omar dan Ibn zubair di atas?? yg dibuat hujah sebagai sokongan yang kuat.

Berkata Al-Ustaz Al-Isfirayini: ” Dikenali kesahihan hadis apabila masyhur di sisi ulama hadis tanpa sebarang penafian daripada mereka itu”. Hadis yang diterima oleh ulama secara berterusan maka hadis itu termasuk di dalam hadis makbul sekalipun tidak memenuhi syarat sahih kerana ummah tidak berhimpun dalam perkara kesesatan.”

(وظيفة الحديث الضعيف : إمام محمد زكى إبراهيم : ص 27-28 )

Terlebih utama lagi bahwa perbuatan menyapu muka slps berdoa adalah perbuatan para salaf, sebaik-baik generasi yg dijadikan contoh tauladan, sebagaimana tersebut melalui sokongan seterusnya.

2) Tersebut dlm kitab Musanaf Abd Razzak (Kitab Solat), riwayat Ibn Juraij drp Yahya Bin Said AlAnsar ( salah seorang tabien besar dan Qadi Madinah) bhw perbuatan menyapu muka slps berdoa adalah perbuatan para salaf, berbunyi:

…وذكروا أن من مضى كانوا يدعون ثم يردون أيديهم على وجوههم ليردوا الدعاء والبركة

Ertinya: “ Para Tabien menyebut bahwa mrk yg terdahulu (para sahabat dan tabien) berdoa serta menyapu dgn tangan mrk ke muka supaya mrk mendapat doa dan keberkatan.”

Selepas Abd Razzak menyebut riwayat di atas, beliau berkata:

رأيت أنا معمرا يدعو بيديه عند صدره ثم يرد يديه فيمسح وجهه

Ertinya: “ Aku sendiri melihat Ma’mar (salah seorang tabien besar) berdoa dgn kedua tangannya paras dada kemudian beliau mengembalikan/menggerakkan tangannya dan  menyapu mukanya.”

# Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani telah menjawab segelintir tomahan terhadap Abd Razzak yg merupakan salah seorang di antara perawi-perawi dlm Sahih Bukhari. Beliau menukilkan dlm ‘Muqadimah Fathul Barinya’ drp kenyataan Imam-Imam Muhadisin yg berkeahlian dlm membuat komentar tentang perawi-perawi hadis, sebagai menguatkan hujah bhw Imam Abd Razzak (juga merupakan salah seorang guru Imam Ahmad Bin Hambal) adalah seorang yg kuat dipercayai. Kritikan terhadap  Imam Abd Razzak  itu tidak diendahkan dan ternyata meleset, seperti kata Al-Hafiz Ibn Hajar dlm kitabnya tersebut (Fasal ke 7 : pada halaman nama2 meraka (perawi2 dlm kitab Bukhari ) yg ditohmahkan…m/s 419) berbunyi:

وعبد الرزاق بن همام بن نافع الحميري الصنعاني أحد الحفاظ الأثبات صاحب التصانيف وثقه الأئمة كلهم الا العباس بن عبد العظيم العنبري وحده فتكلم بكلام أفرط فيه ولم يوافقه أحد

Ertinya: “Abd Razzak Bin Hammam Bin Nafi’ AlHimyari Assan’aani adalah salah seorang drp Imam-Imam bertaraf Hafiz yg teguh dlm ilmu hadis. Beliau mempunyai kitab-kitab karangannya. Keseluruhan Imam-Imam Muhhadisin menyatakan bhw beliau adalah dipercayai kecuali Abbas Bin Abd Azim seorang sahaja yang mempertikainya dengan kalam yg melampau, sedangkan tiada seorang pun (drp kalangan  Imam-Imam hadis ) yg bersetuju dgn beliau.”

3) Hadis Saidina Omar yg diriwayatkan secara mursal oleh Azzuhri (riwayat ini adalah Sahih), berbunyi:

أخرج عبد الرزاق من حديث ابن شهاب الزهري قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرفع يديه عند صدره في الدعاء ثم يمسح بهما وجهه

Ertinya: “ Abd Razak mengeluarkan hadis ini daripada hadis Ibn Syihab Azzuhri yang berkata: Adalah Rasulullah s.a.w mengangkatkan kedua tangannya setaraf dada ketika berdoa kemudian Baginda menyapu muka dengan kedua tangan tersebut.”

# Sekali pun hadis ini adalah hadis mursal tetapi ianya boleh dibuat hujah di sisi mazhab Malik, Hambal, Hanafi dan segolongan ulama mujtahid.

4) Hadis yg dikeluarkan oleh Abu Daud (Bab Doa) daripada Qutaibah Bin Said, drp Ibn Lahi‘ah, drp Hafs Bin Hisyam Bin Abi Waqqas, drp Saaib Bin Yazid drp Bapanya:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان اذا دعا فرفع يديه مسح وجهه بيديه

Maksudnya: “ Bhw Nabi s.a.w apabila berdoa serta mengangkat kedua tangan nescaya Baginda menyapu muka dgn kedua tangan.”

# Al-Hafiz Ibn Hajar dlm ‘Tahzibul Tahzib’ jilid 2, m/s 420-421, membuat komentar tentang guru Ibn Lahi ‘ah dlm hadis ini ialah sebenarnya Habban Bin Wasi’ bukannya Hafs Bin Hisyam. Habban Bin Wasi’ tersebut dikatakan oleh Ibn Hibban drp mrk yg dipercayai, sebagaimana tersebut dlm ‘Tahzib’ (2:171).

# Perawi dlm hadis ini iaitu Ibn Lahi ‘ah merupakan perawi yag Sahih @ Hasan, sila rujuk huraian yg telah lalu pada jawapan bagi bangkangan yg awal terhadap artikel ini.

Berdasarkan keterangan di atas, ternyatalah melesetnya kenyataan Ibn Taimiyyah, seorang yg penuh kontroversi. Tentang hal-hal hadis, kenyataan yang diberi keutamaan dan penyelidikan yg tepat adalah kenyataan Imam & Syeikul Islam dlm keilmuan hadis iaitu Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di mana beliau menyatakan perhimpunan hadis-hadis tntg menyapu muka slps berdoa yg pelbagai jalan periwayatannya mencapai taraf Hasan (Lil Ghairihi). Terbuktilah ketaksuban pengikut-pengikut Ibn Taimiyyah spt salah seorang kepala fahaman Wahhabiyah iaitu Syeikh Ustaimin yg berpegang dgn pendapat beliau yg lemah dan meleset tanpa penyelidikan yg jitu. Di manakah dakwaan yg mrk menguar-guarkan supaya berpegang dgn perjalanan golongan Salaf?? , sedangkan perbuatan menyapu muka slps saja berdoa adalah perbuatan yg dilakukan oleh golongon ini, kemudiannya diwarisi zaman-berzaman hingga ke sekarang.

Berkenaan kenyataan ‘Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak menyapu mukanya selepas doa melainkan orang yg jahil, Al-Allamah Al-Qadi Yahya Bin Mohd AlAryani dlm kitab beliau ‘Hidayatul Mustabshirin’, m/s 119, menegaskan:

والعمل على هذا عند أهل العلم خلفا عن سلفا اذا عرفت ذلك علمت أن ما أفتى به الشيخ عز الدين بن عبد السلام أنه لا يفعل ذلك الا جاهل محمول على أنه لم يطلع على هذه الأحاديث

Ertinya: “ Beramal di atas perbuatan ini (menyapu muka slps berdoa) di sisi Ahli Ilmu Khalaf ( para ulama yg hidup di zaman yg lebih dari 3 kurun slps Nabi) yg mewarisi drp Salaf ( para ulama yg hidup dlm 3 kurun slps Nabi). Apabila engkau telah mengerti demikian itu, maka engkau tahu bhw  apa yg telah difatwa oleh Syeikh Izzuddin Bin Abd Salam bhw tidak dilakukan demikian (perbuatan menyapu muka slps berdoa) melainkan sijahil, adalah boleh diandaikan (fatwa Syeikh Izzuddin tersebut) bhw beliau tidak  pernah memerhatikan kpd hadis-hadis ini (hadis tntng menyapu muka slps berdoa).

Wallahu’aalam……

(Ditulis oleh Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim)

No comments:

Post a Comment