Thursday, 15 November 2018

Tuan Dan Puan AG, Anda Nak Teruskan Berperang?

Tuan Dan Puan AG, Anda Nak Teruskan Berperang?


Anda perlu tau apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes salah laku yang jelas, anda menutup kedua-dua belah mata. Kemudian anda membuat cerita tentang jenayah yang tidak wujud. Saya nak lihat apa yang anda akan lakukan terhadap kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakannya sebagai NFA seperti apa yang saya syaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau adakah kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang merupakan berita palsu mengikut hemat anda?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Adalah satu yang sangat menarik apabila, meskipun saya telah berhenti menyerang anda, nampaknya anda masih juga berterusan menyerang saya. Nampaknya anda masih menyimpan dendam dan tak habis geram. Anda harus faham bahawa ini adalah politik. Jika anda memilih untuk menyerang, maka anda mesti bersedia menerima serangan balas. Seperti pepatah Inggeris yang mengatakan, jika tak boleh tahan panas, keluarlah dari dapur. Anda tak pernah dengar ke ‘semua adalah adil dalam cinta dan peperangan’?

Empat bahagian cerita yang saya panggil ‘The RPK Chronicles’ itu adalah satu bacaan yang menarik jika pembacanya adalah penggemar karya fiksyen. Anda mulakan bahagian pertama dengan memanggil saya pengecut. Tetapi anda yang tidak meletakkan nama anda pada artikel tersebut, sedangkan semua artikel saya tertulis nama saya. Jadi siapa pengecut di sini apabila anda yang baling batu dan sorok tangan?

Kemudian anda kata saya boleh dibayar atau saya adalah tentera upahan. Jahabar Sadiq pun dibayar. Adakah anda fikir beliau akan bersedia untuk menubuhkan dan menguruskan The Malaysian Insight jika RM50 juta yang diperlukan untuk menguruskan portal itu selama lima tahun perlu datang dari saku beliau sendiri? Malah Penguam Negara sendiri tidak akan mahu bekerja sebagai Peguam Negara jika mereka tidak dibayar apa-apa gaji. Lebih baik mereka membuat banyak wang bekerja dengan agensi swasta daripada bekerja untuk Kerajaan secara percuma.

Adakah anda mengatakan bahawa Jahabar tidak dibayar banyak wang yang banyak untuk menulis?

Jadi, melainkan jika anda telah menyumbangkan seluruh gaji anda selama 40 tahun yang lalu kepada badan amal dan tidak pernah mengambil satu sen pun dari wang yang diperolehi daripada pekerjaan anda, maka anda tidak layak untuk bercakap tentang orang lain yang bekerja untuk wang. Imam masjid dan paderi di gereja dan kuil juga dibayar wang. Adakah anda fikir mereka melakukan fisabilillah atau bekerja demi Tuhan secara percuma? Tunjukkan kepada saya satu orang yang bekerja secara percuma dan makan melalui sisa makanan di dalam tong sampah, dan saya akan tunjukkan kepada anda seorang yang bodoh.

Semua blogger dibayar. Hussein Abdul Hamid dibayar. Clare Rewcastle Brown dibayar. Jahabar Sadiq dibayar. Malah, ANDA juga dibayar. Jadi, apa isunya di sini? Sekiranya anda ingin menjatuhkan saya, pilihlah isu dan topik yang berbeza untuk digunakan. Saya tidak pernah kata yang saya bekerja secara percuma, kan? Jadi mengapa cerita pasal benda ni?

Adakah anda mengatakan bahawa Clare juga tidak dibayar dengan wang yang banyak untuk menulis?

Anda kata saya adalah alat atau instrumen terhadap perbalahan di dalam UMNO. Dan anda banyak bercakap tentang perbalahan ini dalam bahagian ke-empat. Sekali lagi, apa isunya? Perbalahan di dalam UMNO bermula sejak akhir 1940-an lagi. Dari situlah bagaimana PAS, parti perpecahan UMNO, dibentuk pada tahun 1951 dan dari situ jugalah kenapa Onn Jaafar, pengasas UMNO, meninggalkan parti tersebut pada tahun yang sama.

Tunku Abdul Rahman kemudian mengambil alih sebagai pemimpin parti dan beliau dicabar oleh kumpulan sayap kiri atau sosialis, dan Tunku menang, tetapi hanya dengan satu undi. Jadi UMNO hampir terkubur di tangan sosialis dengan hanya satu undi.

Dua puluh tahun kemudian, mereka sekali lagi mencabar Tunku, tetapi kali ini oleh kaum nasionalis Melayu. Ia berakhir dengan 13 Mei. Sejak itu, UMNO telah melihat pelbagai perbalahan dalaman, sehingga hari ini.

Mahathir yang mencetuskan perbalahan di dalam UMNO sejak tahun 1960 hingga ke hari ini

Cara anda bercakap seolah-olah anda tidak tahu tentang sejarah UMNO. Bukan hanya UMNO, malah parti-parti seperti DAP, PKR, PAS, MCA, MIC, dan lain-lain lagi, telah menyaksikan banyak perbalahan di dalam parti masing-masing. PAS malah telah berpecah empat kali. Pertama sekali PAS berpecah dari UMNO, kemudian ia berpecah dengan pembentukan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), selepas itu Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan sekarang Parti Amanah Negara (PAN).

Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang sejarah PAS, jadi saya faham jika anda juga jahil dalam perkara ini, walaupun sebagai orang Kelantan anda wajib tahu. Adakah anda fikir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan DAP tidak mengalami perbalahan yang serius sekarang ini? PPBM berpecah kepada kumpulan pro-Mahathir dan pro-Muhyiddin dan inilah punca kepada pendaftaran PPBM disabotaj. Mereka dengan sengaja cuba mendapatkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran PPBM.

Sehubungan itu, perbalahan di dalam UMNO bukanlah satu isu yang perlu dibincangkan. Malah perbalahan dalaman UMNO yang terbaru adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjadikan anaknya, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri. Jadi, jika anda bertegas bahawa kita perlu bercakap tentang perbalahan di dalam UMNO, maka mengapa anda tidak menyebut punca kepada pertengkaran tersebut? Mengapa hanya menyebut tentang perbalahan di dalam UMNO tanpa menyebut sebabnya? Jangan takut! Beritahu kami apa sebab dan punca perbalahan di dalam UMNO tersebut berlaku.

Anda mengatakan bahawa saya adalah alat yang digunakan oleh mereka yang terlibat dalam perbalahan UMNO. Kalau iya pun, kenapa? Bukankah Hussein Abdul Hamid, Clare Rewcastle Brown, Jahabar Sadiq dan yang lain-lain juga adalah alat kepada seseorang? Jangan jadi jalang yang memanggil wanita lain jalang. Ia membuat anda kelihatan bodoh.

Saya tahu ramai yang mengatakan bahawa Raja Petra al Haj Bin Raja Kamarudin adalah blogger utama Perdana Menteri. Dalam kes ini, jika saya memang blogger utama Najib, saya berbangga dengannya. Jadi, samanlah saya!

Dalam bahagian kedua anda mengatakan bahawa saya menyebarkan berita palsu. Artikel mana yang saya tulis merupakan berita palsu? Beritahu saya!

Adakah kisah tentang RM42 bilion wang 1MDB YANG TIDAK hilang merupakan satu berita palsu?

Saya kata, RM42 bilion wang 1MDB TIDAK hilang seperti yang didakwa oleh Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah mengenai AP yang dikeluarkan oleh Rafidah bernilai lebih RM40 bilion merupakan satu berita palsu?

Saya kata, Rafidah Aziz adalah ‘Pemaisuri AP’ yang mengeluarkan AP bernilai lebih RM40 bilion apabila beliau menjadi Menteri Perdagangan selama 21 tahun, seperti kata Anwar Ibrahim. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah tentang Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri merupakan satu berita palsu?

Saya kata, Mahathir mahu Muhkriz menjadi Perdana Menteri, sebab itulah dia bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO dan kerusi Naib Presiden UMNO. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah tentang Ho Kay Tat meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana pembiayaannya datang satu berita palsu?

Saya kata, Ho Kay Tat dari The Malaysian Insider telah meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana datangnya wang tang beliau ada untuk membiayai The Malaysian Insight, namun ianya tidak pernak dilaksanakan. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah tentang Clare yang tidak dapat menunjukkan mahkamah bukti bahawa Najib telah membayar Hadi RM90 juta satu berita palsu?

Saya kata, Clare Rewcastle Brown sehingga hari ini masih belum dapat mengemukakan bukti kepada mahkamah bahawa Najib membayar Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah mengenai hubungan sulit Muhyiddin Nika Gee satu berita palsu?

Saya kata, Muhyiddin Yassin mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee, seorang wanita yang sudah berkahwin. Adakah itu satu berita palsu?

Saya boleh teruskan lagi, namun saya percaya bahawa anda dan pembaca lain faham apa yang saya cuba sampaikan. Ramai orang seperti anda yang berkata bahawa saya menyebarkan berita palsu. Jika apa yang saya katakan adalah berita palsu, maka apakah kebenarannya? Hari ini, Mahathir telah mengaku bahawa beliau menggunakan media asing untuk menyerang Najib, UMNO dan Malaysia. Apabila saya menulis tentang perkara ini tiga tahun lalu, mereka mengatakan bahawa ia satu berita palsu. Hari ini Mahathir sendiri mengakuinya.

Anda juga mendakwa bahawa saya dan keluarga saya mempunyai dua kewarganegaraan. Anda tahu saya dilahirkan di UK pada tahun 1950. Jadi, atas dasar tersebut, saya mempunyai “Right of Abode (RoA)”, iaitu hak untuk menetap di UK. Keistimewaan ini juga terpakai kepada anak-anak dan cucu-cucu saya. RoA bukan automatik, ia perlu dipohon dan akan tertera di dalam pasport Malaysia. Maksudnya, saya adalah warganegara Malaysia dan menggunakan pasport Malaysia, tetapi boleh menikmati hak dan keistimewaan seperti yang diberikan kepada rakyat British.

Malaya diberikan kemerdekaan pada tahun 1957 dan semua yang dilahirkan di koloni atau wilayah British sebelum kemerdekaan juga boleh mendapat RoA. Jadi, jika anda dilahirkan di Pulau Pinang, Prai atau Melaka sebelum tahun 1957, anda juga boleh mendapatkan RoA. Bagi Sabah, Sarawak dan Singapura adalah tahun 1963, Brunei 1984, dan Hong Kong 1997. RoA tidak layak dipohon oleh orang-orang dari Negeri-negeri Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Selangor dan Kelantan kerana mereka tidak dianggap sebagai koloni jajahan British.

Adakah Wan Saiful akan hilang kelayakan untuk bertanding PRU14?

Wan Saiful Wan Jan dari PPBM mungkin juga mempunyai RoA dari UK kerana beliau pernah tinggal di UK untuk beberapa waktu dan juga bertanding di dalam pilihan raya di sana. Besar kemungkinan beliau akan bertanding di dalam PRU14, tetapi sama ada pencalonannya dalam pilihan raya di UK akan membuat beliau hilang kelayakan untuk bertanding PRU14 atau tidak, adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dilihat.

Ramai bekas pelajar dari UK, yang kini berada di dalam Pakatan Harapan, juga telah mengundi di dalam pilihan raya di UK dan sekarang mereka memegang jawatan dalam pembangkang atau dilantik sebagai wakil rakyat, atau bakal bertanding di PRU14. Mungkin anda ingin memaklumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai perkara ini, daripada risau tentang RoA saya.

Dalam bahagian keempat, anda menyerang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, dan memanggilnya orang yang tidak bermoral. Anda juga mengutuk Pengerusi Felda, Shahrir Samad. Ini adalah dua orang yang banyak melakukan kebaikan tetapi anda menyerang mereka. Kenapa anda tidak menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali?

Adakah Azmin akan dipenjara di atas kesalahan beliau atau beliau telah membayar orang-orang yang berkenaan?

Guan Eng dan Azmin telah terlibat dengan banyak skandal. Azmin dikatakan terlibat dalam skandal tanah Ijok bernilai RM700 juta dan skandal SPLASH bernilai RM600 juta. Kemudian beliau juga terlibat dengan skandal perlombongan pasir, yang membawa kepada nilai sogokan untuk ketiga-tiga skandal ini sahaja kepada lebih RM1.5 bilion.

Azmin dikatakan telah bertemu dengan seseorang yang sangat berkuasa di UK pada cuti Krismas dan Tahun Baru yang lepas untuk berunding pembayaran sebanyak RM100 juta bagi menutup kes Ijok. Adakah tahu tak siapa orang itu? Saya yakin perkara ini lebih penting, berbanding menyerang seseorang yang jalan berpegangan tangan dengan seorang janda atau duda. Setuju tak? Atau anda tidak setuju?

Anda perlu tahu apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes kejahatan yang jelas, anda dapat menutup kedua-dua mata. Kemudian anda mengarang jenayah apabila tidak ada. Marilah kita lihat apa yang anda lakukan dengan kes terowong bawah laut Ijok, SPLASH dan Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakan NFA seperti saya mengesyaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau terowong bawah laut Ijok, SPLASH dan Pulau Pinang semata-mata hanyalah berita palsu oleh piawaian anda?

Anda perlu tau apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes salah laku yang jelas, anda menutup kedua-dua belah mata. Kemudian anda membuat cerita tentang jenayah yang tidak wujud. Saya nak lihat apa yang anda akan lakukan terhadap kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakannya sebagai NFA seperti apa yang saya syaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau adakah kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang merupakan berita palsu mengikut hemat anda?

No comments:

Post a Comment