KERAJAAN SI TUA KENA BELASAH DI PARLIMEN
Pada sidang parlimen semalam (23 Okt) DS Najib Tun Razak telah mematahkan pelbagai tohmahan fitnah dan pembohongan kerajaan Si Tua PH terhadapnya dan kerajaan BN sebelum ini.
Daripada penghujahan yang dilemparkan Najib, kita akan sedar bahawa rompakan sedang berlaku ke atas aset negara yang dikepalai oleh Menteri Kewangan sebagai kaldai kepada PM tua.
Banyak kerusi pihak kerajaan PH kosong, mungkin kerana mereka tahu bahawa mereka tidak boleh menentang Najib dengan pembohongan yang mereka canangkan di luar parlimen kerana pembentangan di parlimen adalah berasaskan fakta benar.
Najib telah membelasah hasrat kerajaan PH yang mahu menjual beberapa aset negara atas alasan untuk mengurangkan beban termasuk aset-aset PNB, Khazanah, FELCRA dan sebagainya.
Hujah Najib, “Di bawah kerajaan BN, nilai aset-aset ini telah melambung naik 218.5%. Nilai aset bersih Bank Negara Malaysia (BNM), Khazanah dan Petronas, telah meningkat daripada RM313 bilion pada tahun 2008 kepada RM684 bilion pada tahun 2017.
“Petronas sendiri melaporkan data terkini, memiliki RM147 bilion wang tunai pada akhir Mac 2018. Saya ambil maklum bahawa ada cadangan untuk meminta badan-badan ini membayar dividen yang lebih tinggi.
“Ini bererti bahawa kerajaan BN telah meninggalkan aset yang tinggi untuk dibelanjakan oleh kerajaan PH,” katanya.
Najib juga menegaskan bahawa, dana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga telah meningkat ketika berada di bawah pentadbiran BN.
“Aset bersih KWSP meningkat 238% dari RM341 bilion pada tahun 2008 kepada RM814 bilion pada masa ini. Dana seperti PNB, Tabung Haji menunjukkan peningkatan tiga kali ganda bagi saiz aset bersih mereka untuk tempoh yang sama,” tegas Najib lagi.
Walau bagaimanapun di bawah kerajaan Si Tua PH, Najib melahirkan keprihatinan dan kebimbangan beliau terhadap nasib para pekebun sawit seramai 650 ribu orang yang terjejas akibat merudumnya harga komoditi tersebut.
“Ini saya nampak satu yang agak pelik, pada empat bulan pertama tahun ini (sebelum kerajaan Si Tua mengambil alih pemerintahan), eksport minyak kelapa sawit lebih tinggi daripada empat bulan yang sama pada tahun 2017. Tetapi selepas masuk bulan kelima dan ke atas, ia lebih rendah daripada bulan yang sama pada tahun sudah.
“Hal ini amat serius, kerana 650 ribu pekebun kecil, dan ahli keluarga mereka, adalah jumlah yang besar, mereka sedang merana sekarang ini. Saya masuk rancangan FELDA, saya dapat lihat kesuraman pada wajah mereka dan tidak meriah seperti dahulu kerana terkesan dengan harga minyak sawit yang telah jatuh dengan begitu ketara.
“Tetapi peliknya, eksport Indonesia pula bertambah. Sedangkan eksport Malaysia menguncup. Kenapa? Apakah langkah yang telah dibuat oleh kerajaan PH dalam hal ini?” soal Najib.
Mengulas mengenai Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Najib mempertikaikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan kerajaan akan mendapat balik wang RM10 bilion sekiranya ia dibatalkan.
Satu lagi pembohongan daripada Menteri kaki bohong itu.
Jelas Najib, “…Kesemua pembayaran itu telah dibuat oleh Exim Bank. Jadi kalau projek itu dibatalkan, ikut pada amalannya, Exim Banklah yang dapat balik duit.
“Jadi saya nak tanya macam mana kita boleh dapat RM10 bilion balik? Saya agak bingung dalam hal ini,” katanya. Atau sebenarnya Lim Guan Eng terus cuba membohongi rakyat lagi.
Selain itu Najib turut mempersoalkan sejumlah 35% jumlah pelancong dari China ke Malaysia telah merosot, sedangkan dalam tempoh yang sama kedatangan pelancong China ke negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Kemboja dan Vietnam meningkat.
Pada sesi perbahasan yang sama, Najib turut membangkitkan mengenai isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau menggesa setiap pihak supaya tidak mempolitikkan perkara tersebut. Ia hanyalah alat Si Tua untuk menjatuhkan BN.
“Saya juga berharap bahawa dalam isu 1MDB ini kita jangan terperangkap dalam soal politik. Soalnya kita nak pastikan setiap ringgit itu dapat kembali kepada negara Malaysia.
“Sebab itulah antaranya saya telah usahakan perjanjian penyelesaian dengan pihak Abu Dhabi. Saya telefon Putera Mahkota Abu Dhabi untuk kita buat satu penyelesaian kerana saya nak jaga hubungan diplomatik antara UAE dengan Malaysia.
“Saya harap kerajaan PH teruskan usaha perjanjian penyelesaian ini. Jadi saya minta kerajaan PH bentangkan settlement agreement ini kepada pengetahuan umum. Biar orang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tidak ada apa yang kita nak lindung,” katanya.
Pendirian Najib menunjukkan beliau amat optimistik bahawa kerajaan PH Mahathir telah memanipulasikan fakta tentang hutang, dan kedudukan ekonomi dengan menjadikan isu 1MDB sebagai isu mengotorkan nama baik beliau dan BN.
Tidak lain dan tidak bukan apa yang dapat kita lihat sebenarnya di sebalik tabir ialah isu kroni Mahathir yang telah dipinggirkan oleh 1MDB.
Sewajarnyalah dipinggirkan kerana kroni-kroni Mahathir hanya mengisi tembolok mereka dengan keuntungan, sebaliknya kerugian ditanggung oleh rakyat. Sedangkan Najib menstrategikan agar keuntungan golongan usahawan ini dikongsi bersama dengan rakyat.
Eloklah sekiranya Hishamuddin Hussein mahu membantu membawa balik Jho Lo yang menjadi alasan kerajaan PH untuk menutup pembohongan mereka. Biar Jho Lo dihadapkan ke mahkamah dengan segera supaya rakyat tahu siapakah yang sebenarnya merompak dan membohongi rakyat. Tanyalah Mat Sabu siapakah sebenarnya ‘bapa perompak’?
Perlahan-lahan kebenaran akan menang, pembohongan akan terdedah juga!
No comments:
Post a Comment