Johor Benarkan Anak Luar Nikah Di Bin, Binti 99 Nama Allah
Sebelum ini, keputusan Mahkamah Persekutuan telah mendapat sokongan majoriti berkenaan isu anak yang lahir luar dari ikatan perkahwinan atau tidah sah taraf perkahwinannya tidak boleh namanya untuk di bin atau binti nama bapanya.
Walau bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, Mufti Johor membenarkan anak orang Islam yang lahir di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh di bin atau binti dengan nama 99 nama Allah atau Asmaul Husna selain nama Abdullah.
Tidak rasa teraniaya di masa hadapan
Alhamdulillah, Johor sudah mewartakan fatwa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh bin atau binti bapa biologinya sejak 21 Mei 2018 lagi.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri juga sudah menitahkan supaya fatwa yang dibuat dahulu tidak sehingga menzalimi anak tidak sah taraf sekali gus mengaibkan mereka pada masa hadapan.
Menurut Datuk Yahya Ahmad selaku Mufti Johor, hal ini bagi mengelakkan anak tidak sah taraf tidak terasa teraniaya atau menanggung aib pada masa hadapan jika mereka hanya dibenarkan di bin atau binti dengan nama Abdullah sahaja.
100 nama untuk pilihan
Di Johor, kita memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh dinamakan (di bin atau binti) dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah, menjadikan 100 nama bin atau binti untuk dipilih.
Kerajaan Negeri Johor turut menyokong penuh langkah Mahkamah Persekutuan, untuk memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya. Johor turut membenarkan nama anak untuk di bin atau binti 99 nama Allah menjadikannya 100 nama pilihan termasuk Abdullah.
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment