Friday 25 November 2022

Bacaan Sebelum Memulakan Yasin

Bacaan Sebelum Memulakan Yasin

Sebelum membaca surah Yasin, adalah lebih elok jika melafazkan bacaan-bacaan seperti berikut:

1.Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak 3 kali

Istighfar

 Astagfirullahal Aazim 

2.Kemudian, bacalah surah al-Fatihah 1 kali.



Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


3.Kemudian, bacalah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.



Setelah selesai membaca selawat di atas, maka bolehlah kita mula membaca Yasin 

No comments:

Post a Comment