Friday, 24 November 2023

Semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok.

Semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok

*_Topic: Khutbah Jumaat / Friday's Sermon_* 

*Ringkasan Khutbah Hari Ini dari MUIS (24 Nov 2023 / 10 Jamadil Awal 1445H)*
-  _Sila kongsikan khutbah ini dengan pasangan, famili, kaum kerabat dan teman-teman_ 

*_Berhikmah dalam Memahami Teks Agama_* 

Ringkasan:
1) Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk *berusaha memperolehi pemahaman yang tepat akan nas-nas agama.* Al-Quran dan Hadis itu bukanlah hanya merupakan coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran dan Hadis. 

2) Konflik yang berlarutan di Palestin yang kita saksikan sekarang ini telah mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Ini disebabkan tindakan rambang dan melampau oleh pihak yang memiliki kuasa tanpa menghiraukan atau menghormati peraturan antarabangsa. Ini adalah sama sekali tidak dapat diterima. *Kita berdoa agar Allah (S.W.T.) memberi petunjuk kepada kepimpinan dunia agar berusaha lebih serius dalam mencari huraian kepada penderitaan yang dilalui oleh para penduduk Gaza dan Palestin.*
آمين 

3) Yang jelasnya,  apa yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini tidak dapat ditafsirkan dan dikaitkan secara pasti dengan sebahagian nas-nas spesifik Al-Quran dan Hadis yang menyebut mengenai beberapa fitnah akhir zaman. Malahan, *terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan peristiwa sebegini untuk mengetengahkan agenda pelampauan mereka.* Mereka lalu menyalahgunakan nas-nas agama untuk menghalalkan tindakan-tindakan mereka yang melampau.  

4) *Fitnah atau ujian akhir zaman merupakan salah satu bentuk ujian kehidupan yang sudah ditentukan oleh Allah (S.W.T.) ke atas hamba-hambaNya.* Sebenarnya, Allah (S.W.T.) ingin menguji siapakah di antara hamba-hambaNya yang lebih baik amalannya. Firman Allah (S.W.T.): 
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ ٢ 

Yang bermaksud: "Dia yang telah mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun." 
(Surah Al-Mulk, ayat 2). 

5) Perkara kedua yang boleh sama-sama kita pelajari daripada panduan Rasulullah (S.A.W.) berkaitan akhir zaman ini adalah, ia sebenarnya *mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan alam akhirat.* Kita diingatkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, melakukan kebaikan dan memberi kemanfaatan buat umat manusia sejagat. Bahkan semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok. 

Dalam hal ini, Rasulullah (S.A.W.) berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: 
*"Jika hari kiamat tiba dan di tangan salah seorang daripada kamu ada benih, maka jika ia mampu untuk menanamnya sebelum terjadi kiamat, maka hendaklah ia melakukannya."* 

6) Marilah kita *mendalami ilmu dan memahami teks agama dengan baik. Rujuklah kepada pakar dan para asatizah kita. Dan dalam kita mengharungi detik-detik yang mencabar ini,* marilah kita bersama-sama mengukuhkan keimanan, mengutuhkan ketakwaan dan terus melakukan kebaikan kepada semua insan. Hanya kepada Allah kita berserah, kepada-Nya kita mengharapkan bantuan dan kepada-Nya juga kita kembali. 

7) *Semoga Allah (S.W.T.) mengurniakan kita iman yang kukuh, kesabaran yang jitu dan istiqamah untuk kita terus menanam benih-benih kebaikan hingga hembusan nafas kita yang terakhir.*
آمين 

_Untuk dapatkan khutbah dalam bentuk softcopy, sila klik link di bawah ini ->_
https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Khutbah
================== 

*Today's Summarised Khutbah from MUIS (24 Nov 2023 / 10 Jamadil Awal 1445H)* 
- _Do share this khutbah with your spouse, family, relatives and friends_ 

*_Exercising Wisdom in Understanding Religious Texts_* 

Summary:
1) As Muslims, we are *constantly reminded to strive for a proper understanding of our religious texts.* The Quran and Hadith are not merely religious scriptures written on the pages of a book; but a proper understanding of the essence and meanings of these texts is also necessary as outlined in the Quran and Hadith. 

2) The ongoing conflict in Palestine that we are witnessing has resulted in the loss of thousands of innocent lives. This is due to the aggression and excessiveness of those in power who disregard or disrespect international laws. This is entirely unacceptable. *We pray that Allah (S.W.T.) guides the world leaders to put serious effort towards finding a solution and bring an end to the suffering of the people of Gaza and Palestine.*
آمين 

3) It is clear that what is happening in the Middle East currently cannot be definitively interpreted and linked to specific verses in the Quran and Hadith which mention about the trials related to living in the end of times. In fact, *there are irresponsible groups attempting to utilise such events to advance their extremist agendas, misusing religious texts to justify their excessive actions.* 

4) *The tribulations or trials of the end of times are the forms of tests in life that have been predetermined by Allah (S.W.T.) upon His servants.* Allah (S.W.T.) intends to test which of His servants have better deeds. Allah (S.W.T.) says:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ ٢ 

Which means: "He who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving." 
(Surah Al-Mulk, verse 2) 

5) The second point that we can learn from the guidance of the Prophet Muhammad (S.A.W.) regarding the end of times is that *it serves as a reminder for us to prepare ourselves for the hereafter.* We are reminded to increase our good deeds, perform acts of kindness, and bring benefit to all of humanity. The spirit of contributing and doing good must be maintained even if we were to know that the Day of Judgment is imminent. 

In this regard, our Prophet Muhammad (S.A.W.) reminded us in a hadith narrated by Imam Ahmad, which means: 
*"If the Day of Judgment is imminent, and in the hand of one of you is a seed, and if he can plant it before the occurrence of the Day of Judgment, then let him do so."* 

6) Let us *deepen our knowledge and understanding of our religious texts. Seek guidance from our experts and scholars.* As we navigate these challenging times, let us strengthen our faith, increase our piety, and continue doing good for all of humanity. We submit only to Allah, seek His assistance, and to Him, we shall return. 

7) *May Allah (S.W.T.) grant us strong faith, unwavering patience, and steadfastness to continue planting seeds of goodness until our last breath.*
آمين 

_To extract the khutbah in softcopy, click the link below ->_
https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Khutbah

No comments:

Post a Comment