Tuesday, 13 January 2026

Azan 4 penjuru

Azan 4 penjuru 

Azan 4 penjuru yang dilakukan oleh Khairul Aming Rembayung bertepatan dengan hukum fiqh/syara'. Rujuk ulama fuqaha' untuk memahami hukum-hakam agama bukan rujuk youtuber wahhabi cari makan palatao seperti Syihabudin Ahmad. 

Kaedah Nabi tak buat haram/sesat kita buat adalah kaedah yang sesat. Sesat/haram dikira berdasarkan dalil syara' bukan semata-mata Nabi buat atau tidak.

Tolong screenshot hantar kepada youtuber wahhabi, min kena block dengan dia ni. tak boleh tag. Mungkin dia block sebab min kritik dia solat pakai seluar 3 suku terhuyung-hayang, thuma’ninah kelaut, garu-garu situ sini, takde adab solat menghadap Allah tapi bajet claim diri asyairah dan bermazhab syafie.
——-

Saidina Zayd bin Aslam - faqih besar Tabi’in telah menganjurkan AZAN dilaungkan dan diperbanyakkan di tempat yang banyak gangguan jin. Ia satu bentuk Ruqyah Shar’iyyah. Riwayat Imam Malik. Nukilan Imam Al-Dzahabi. 

أخرج الإمام الذهبي – رحمه الله - في " السير " عن ابن وهب وابن القاسم ؛ قالا : قال مالك : ( استعمل زيد بن أسلم على معدن بني سليم ، وكان معذراً لا يزال يصاب فيه الناس من قِبل الجن ، فلما وليهم شكوا إليه ذلك ، فأمرهم بالأذان أن يؤذنوا ويرفعوا أصواتهم . ففعلوا ، فارتفع عنهم ذلك حتى اليوم . قال مالك : أعجبني ذلك من مشورة زيد بن أسلم ) ( سير أعلام النبلاء – 5 / 317

Imam al-Dzahabi رحمه الله meriwayatkan dalam al-Siyar daripada Ibn Wahb dan Ibn al-Qāsim, bahawa Imam Mālik berkata:

“Zayd bin Aslam dilantik mengurus lombong Bani Sulaym. Kawasan itu sering ditimpa gangguan jin hingga orang ramai sering terkena mudarat. Apabila Zayd mengambil alih, mereka mengadu kepadanya. Maka beliau memerintahkan mereka supaya melaungkan azan dan meninggikan suara. Mereka pun melakukannya, lalu gangguan itu terangkat daripada mereka hingga ke hari ini.”

Imam Mālik berkata: “Aku kagum dengan cadangan Zayd bin Aslam itu.”

(Siyar A‘lām al-Nubalā’, 5/317)

No comments:

Post a Comment