Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora
Sebulan sebelum 13 Mei 1969, Mahathir Mohamad menulis dalam sebuah akhbar tempatan: "Saya tahu tanda-tanda itu sudah ada. Kalau saya ulang semula nanti, waktu itu mungkin sudah terlambat." Dengan derianya yang tajam, Mahathir turut meninjau keperluan untuk seorang anak kampung mempengaruhi politik sebuah negara. Setelah tergolong sebagai doktor Melayu terawal, namanya bukan sekadar naik pantas bahkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lamanya. Era itu digelar zaman kemodenan Malaysia, namun beliau tetap tidak lepas daripada bukti-bukti salah guna kuasa dan layanan kejam terhadap seteru politik. Muslihatnya yang sukar dijangka menjadikan Mahathir seorang negarawan yang handal mengelirukan kawan dan juga lawan.
Barry Wain pernah bertugas selaku editor di Asian Wall Street Journal (AWSJ), Karyawan Tamu di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) di Singapura selain diiktiraf sebagai jurnalis terkemuka di rantau Asia. Jurnalis Australia yang menetap di Asia hampir empat dekad ini merupakan pengarang buku The Refused, sebuah pelaporan panjang berkenaan limpahan pelarian daripada Indochina selepas Perang Vietnam (1955–75).
Sebagai editor, Wain memupuk jurnal AWSJ sehingga menjadi penerbitan berkala yang kritis dan diiktiraf pada peringkat serantau. Laporan berkenaan tokoh perniagaan berpengaruh dan hubungannya dengan kelompok elit politik kerap mengundang reaksi keras sehingga AWSJ beberapa kali diharamkan. Beberapa pendedahan Wain dalam laporannya sepanjang tempoh merbahaya ini menjadi sumber utama untuk buku yang meriwayatkan hidup bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, berjudul Malaysian Maverick (pertama kali diterbitkan pada tahun 2009 dan edisi kemaskini diterbitkan pada tahun 2012). Barry Wain meninggal dunia pada tahun 2013.
No comments:
Post a Comment