Tuesday, 20 January 2026

Kenapa ahli Syam adalah umat yg terpilih & umat yg istimewa khususnya di akhir zaman?

Kenapa ahli Syam adalah umat yg terpilih & umat yg istimewa khususnya di akhir zaman?

1. Kerana 313 orang yg akan datang membaiah Imam alMahdi keseluruhannya adalah Ahli Syam dari Abdal & para lelaki pilihan Allah. Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a. :- 

"Allah akan mengutuskan al Mahdi setelah keputus-asaan (yakni di saat peritnya kehidupan umat Islam ketika itu) sehingga orang² pun (mula) menyebut² tentang alMahdi (yakni mengharap²kan kemunculannya) ... Dan pengikut beliau itu adalah insan² (yg terpilih) dari (kalangan) AHLI SYAM, jumlah mereka adalah 315 orang (ada riwayat mengatakan 313 orang iaitu semisal) jumlah Ahli Badar, mereka akan bertolak menemui beliau dari (bumi) Syam, (sehinggalah apabila mereka sampai, lalu) mereka pun akan mengeluarkannya (yakni menemui atau menjumpainya) di pusat Kota Mekah di (kawasan) Sofa, (lalu) mereka akan membaiah beliau secara paksa. (Kemudian) al Mahdi pun bersolat (menjadi imam) kepada mereka 2 rakaat solat musafir berhampiran dengan maqam (Ibrahim), (dan kemudian) beliau pun naik (ke atas) mimbar..."

2. AHLI SYAM adalah mereka² yg dikhususkan dalam hadis² Nabi s.a.w sebagai 'Toifah' dari umat Islam yg terus berjuang & berjihad menegakkan agama Allah khususnya di akhir zaman, seperti dalam sabda Nabi s.a.w :- "Akan senantiasa ada kelompok dari umatku yang berperang dalam kebenaran. Mereka akan menang menghadapi orang yang memusuhinya. Sampai akhir dari mereka akan memerangai Al-Masih Dajjal...”

Imam alBaghdadi ada menukilkan dalam satu riwayat yg lain yg lebih mendetailkan maksud hadith di atas, bahawa 'TOIFAH' yg dimaksudkan itu adalah pejuang² yg senantiasa berjuang dan terus berjihad di pintu Baitul Maqdis serta pintu² sekelilingnya, dan juga di pintu² Damsyik serta sekelilingnya, dan juga pintu² Antakiah serta sekelilingnya, dan juga pintu atToliqan serta sekelilingnya..., yang mana tempat² tersebut adalah terletak di bumi Syam dan yg tak jauh darinya.

3. Keberadaan umat di sana di akhir zaman adalah pilihan UTAMA yg Nabi syorkan sebagaimana dlm sabda Nabi s.a.w :- "........ Ibnu Hawalah bertanya (Nabi) :- "Pilihkanlah untukku wahai Rasulullah jika aku menjumpai zaman itu. Beliau bersabda hendaklah engkau memilih Syam karena ia adalah bumi pilihan Allah. Allah memilih hamba- hambanya yang terbaik ke sana. Jika kalian enggan pergi ke Syam, maka hendaklah kalian pindah Ke Yaman...."

4. Keberadaan umat Islam yg bermukim di sana, adalah jelas merupakan umat yg terpilih dari yg terpilih !, dan menandakan juga bahawa yg terpilih utk berada di sana semestinya dari insan² yg cukup² kental, hebat dan kuat dalam & luarannya. Kerana sesungguhnya byk cabaran² & ujian² getir di sana, yang mana hampir sebahagian besar pergolakan & pertistiwa² penting di akhir zaman nnti adalah bakal berlaku di bumi Syam.

5. Siapakah AHLI SYAM itu? Adakah mereka yg sedang memegang warganegara Syria, Palestin, Jordan dan Beirut itu adalah secara mutlak adalah Ahli Syam ?! Nanti saya jawap pada status berikutnya supaya tak meleret di dalam status ni.. Barakallahu fikum...

Pak Ngah alDimashqy
17:55
Selasa 20/1/26
*satu hari nanti, kita akan berhimpun di bumi Syam bersama².. dgn izin Allah..amin🤲

No comments:

Post a Comment