Thursday, 16 August 2018

"Melayu Jadi Bodoh Kerana Mau Undi"

Thursday, December 1, 2016

"Melayu Jadi Bodoh Kerana Mau Undi" -
Mahathir , Utusan Julai 2012

Selepas PRU-13 dahulu , PM Najib Razak teruk dihentam oleh sebilangan orang-orang Melayu disebabkan terlalu banyak kemudahan diberikan pada komuniti Cina tetap kaum Cina tetap tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional berdasarkan keputusan PRU-13. Antara yang hebat mengecam kaedah Najib untuk mengambil hati kaum Cina ialah mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir .

Tun Mahathir seolah-olah membidas Najib apabila pentadbiran di bawah pimpinan Perdana Menteri mengiktiraf lebih 70 kursus kolej TAR bagi pengajian Diploma dan Diploma Lanjutan.

Dalam satu temuramah dengan akhbar Utusan Malaysia pada awal July 2012, di bawah tajuk Dilema Melayu Hari ini, Tun Mahathir berkata

“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab."

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,”

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetap sekarang ini diploma daripada Kolej Tuan Abdul Rahman, kita kena terima. Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adalah kerana kebodohan orang Melayu"

Nampaknya kata-kata bekas PM itu akhirnya seperti meludah ke langit tepat kena muka sendiri . Mana tidaknya , kerjasama parti "bungaraya" dan "roket" sekarang adalah kerana mahu undi. Entah mana pergi-nya prinsip Tun Mahathir kini ?

No comments:

Post a Comment