Thursday, 16 August 2018

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ?

Monday, November 7, 2016

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ?

Bagaimana Projek RM46 Billion Boleh Jadi RM55 Billion ? Masuk projek salah tak masuk pun salah. Masuk projek berbillion depa kata bakal dijajah negara China sebab berhutang dengan syarikat dari China . Ye lah , timbul stigma bakal kena jajah sebab kerajaan BN yang buat kerjasama , kalau kerajaan PR yang buat itu depa kata demi peningkatan ekonomi dan seangkatan dengannya .

Dah lupa ka projek terowong bawah laut kerajaan DAP Pulau Pinang ? Itu kerjasama dengan syarikat China juga , pasal pa tak bising kata Penang nak kena jajah dengan China ? Tapi bila dah kena hantam, bila dah kantoi sebab main kroni terpaksa lah di kensel kan...

Berbalik dengan cerita macam mana RM45 billion boleh jadi RM55 billion . Ini dipersoalkan page FB pro-pembangkang, saja nak tunjuk persepsi kononnya projek tu sengaja di mark-up untuk masuk poket individu-individu tertentu.  

Dipersoalkan kenapa ada beza RM 9 billion lagi ? Ditanya mana pi lagi RM 9 billion tu? Konon-konon admin page ni dah buat research bagai dari laman web CCCC tu sendiri . Tapi sebenarnya bukan research .. tu research putar belit . Nak jawab tuduhan mana pi RM9 billio0n tu mudah ja ... hanya perlu tahu operasi matematik yang ringkas. Ada dua keratan berita dari investor China di laman web mereka .. 

Keratan pertama menceritakan berkenaan projek keretapi elektrik pantai timur yang berjumlah RM46 billion

Keratan ke - 2 menceritakan berkenaan projek dari Gemas - Johor Bharu untuk keretapi landasan elektrik berkembar sepanjang 191.14 km yang bernilai RM8.9 billion.

Congak projek 1 dan projek 2 akan menghasilkan jumlah lebih kurang RM 55 billion. Jadi bagi menjawab persoalan fitnah dimana RM9 billion tu hilang ?

Jelas RM9 billion tu 'hilang' dan masuk poket untuk kerja-kerja berkaitan projek dari Gemas ke Johor Bharu .

No comments:

Post a Comment