Naib Presiden PPBM Mengaku Duit DAP ‘Melimpah’ Dari Singapura, Taiwan Dan Hong Kong
By MT Webmaster On Apr 16, 2018
(Malaysian Digest) – Parti komponen Pakatan Harapan, DAP, telah mendapat tajaan negara asing dalam usahanya untuk menggulingkan kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang memetik kenyataan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam syarahannya di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), UUM pada 18 November 2015.
Kata Dr Kamarul, syarahan disampaikan Abdul Rashid selaku dirinya sebagai bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Antara dakwaan Abdul Rashid terhadap DAP ketika menyampaikan syarahan adalah:
“Tetapi sudah tentulah sesetengah parti kuat seperti DAP, mereka mendapat bantuan asing dan sebagainya.”
“Anda boleh tanya kepada DAP tu kenapa mereka tidak bersetuju dengan perkara ini (akta dana politik), kerana banyak limpahan dana yang mereka katakan datangnya dari negara asing. Lawaknya, (dana dari) Singapuralah, Hong Konglah masuk, Taiwan. Banyak duit masuk, dia ada penghantar untuk membawanya masuk, bagi membiayai pilihan raya.”
Ujar Dr Kamarul, Abdul Rashid juga menyebut beliau tidak kisah sekiranya pendedahan ini dilaporkan wartawan.
“Jika pendedahan ini dibuat oleh orang biasa maka sudah tentulah ini tidak akan mengejutkan tetapi bila yang mendedahkannya adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya seperti Tan Sri Abdul Rashid maka sudah tentulah ia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk dipercayai,” katanya sambil turut menggesa pihak berkuasa menyiasat pengakuan orang kuat parti Dr Mahathir yang kini digantung selama 30 hari oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Dakwaan gerakan politik mendapat pembiayaan asing untuk menggulingkan kerajaan juga pernah didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Kata Jamal, pergerakan awam pro-pembangkang, Bersih 2.0, yang mendakwa mereka sebagai pertubuhan bebas juga pernah mendapat bantuan daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Sebanyak RM3.2 bilion nilai tajaan Soros kepada pergerakan kelolaan S Ambiga dan Maria Chin Abdullah semenjak 2010 sehingga 2016 menerusi pertubuhan digelar Open Society Foundation (OSF), kata Jamal.
Kata Jamal, OSF memberikan dana kepada BERSIH dibawah nama Malaysian Program sebagai campurtangan Soros terhadap pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.
“Dokumen itu juga menyatakan Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia yang mahukan pembangkang untuk menang (pilihan raya), jadi ianya juga mengaitkan OSF telah memulakan gerakan sejak 2010.”
No comments:
Post a Comment