Saturday, February 25, 2017
Selepas Hampir 20 Tahun Laungan 'Mahafiraun' Bergema di Konvensyen Reformis, Shah Alam
Ramai pejuang2 reformasi yang bermula sejak tahun 98 dulu sedar kepayahan yang dilalui dulu, atas sebab apa reformasi bermula dan siapa yang ketika itu jadi musuh ketat mereka. Gerakan reformasi bermula sejak anwar dihumbankan dalam penjara, pejuang2 reformasi dulu percaya kalau dibiarkan Mahathir terus memerintah maka keadaan akan jadi lebih buruk, korupsi,nepotisma semua-nya akan terus berleluasa . Niat mereka pada ketika itu hanya nak "selamatkan negara" dari Mahathir.
Sama seperti yang berlaku pada hari ini, cerita Mahathir korup, skandal FOREX, Memali dan macam-macam lagi dijaja dalam ceramah-ceramah, rakyat dimomokkan supaya Mahathir wajib dijatuhkan kalau nak "selamatkan negara"
Nak "selamatkan negara"
Hari ni dalam Konvensyen Reformis di Shah Alam , Mahathir yang datang secara mengejut di'sergah' peserta-peserta konvensyen itu.
Menurut artikel yang dikeluarkan portal Malaysiakini, kehadiran Mahathir disambut dengan laungan REFORMASI , BEBAS ANWAR dan malah ada yang tanpa selindung meneriak kembali panggilan terhadap Mahathir yang agak popular satu masa dulu 'MAHAFIRAUN' .
Nampaknya luka lama, pejuang-pejuang REFORMASI ni masih belum terubat walaupun Mahathir kini dah duduk sepentas dengan mereka.Mungkin ada yang kena humban dalam penjara dek gerakan REFORMASI sehingga anak bini terbiar dirumah, mungkin mangsa2 ISA masih berdendam. Mahu tak mahu Mahathir terpaksa tebalkan kulit muka untuk terus bersama-sama dalam majlis berkenaan.
Semasa ucapan alu-aluan , Pengerusi Reformis Malaysia , Saari Sungib berkata mereka disitu hanya akan bersama-sama beliau jika Mahathir turut bersama dalam kempen BEBAS ANWAR, dan dengan hati yang ikhlas meminta maaf atas kesilapan sepanjang menjadi PERDANA MENTERI . Kalau dilihat ego Mahathir, ramai boleh mengagak beliau tak akan berbuat demikian . Tindakan meminta maaf itu hanya menjadikan beliau kelihatan sangat-sangat hipokrit . Dah berdiri sepentas dengan Kit Siang satu cerita, nak minta maaf pulak satu cerita lain . Jatuh standard Mahathir kalau buat macam tu, minta maaf segala kesalahan ?? Apa yang dibuat Mahathir sepanjang pemerintahan jadi PM dulu adalah sesuatu yang dibangga puak-puak PPBM , dan modal itu diguna untuk membandingkan dengan apa yang dilakukan Najib sekarang ... kalau Mahathir minta maaf maksudnya modal tu dah tak boleh pakai lagi . Jatuh 'standard' lah dengan pemuja-pemuja .
Bila dah tak ada cara lain ... Mahathir dalam ucapannya berkata seperti berikut ;
"Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.
"Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..."
Ambil tindakan ? Itu kata-kata penyedap hati saja ... Ingat pemuja-pemuja Mahathir dari PPBM tu nak biarkan saja geng-geng REFORMASI itu ambik tindakan terhadap beliau ??? Mahathir dah boleh baca semua tu ..
No comments:
Post a Comment