Sunday, 23 September 2018

Mahathir Tak Jawab Pendedahan Shafee & Rafizi

Mahathir Tak Jawab Pendedahan Shafee & Rafizi

Posted by SnapShot at 9/13/2018


Kenapa Mahathir Dan Matthias Masih Membisu


Setelah Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah membuat kenyataan media pada 8.9.2018, Tun Mahathir dan tali barutnya Matthias masih membisu dan tidak menjawab pendedahan Shafee...

Pendedahan bahawa Mahathir yang desak Shafee supaya bersetuju menjadi Pendakwaraya Khas perbicaraan Sodomi II Anwar Ibrahim telah membuka 'Pandora Box' yang paling di geruni oleh Mahathir...

Mahathir Terperangkap Dengan Jerat Sendiri


Mahathir terbukti mencampuri urusan negara, menggunakan ugutan dan mengutamakan agenda peribadi...

Shafee adalah peguam tersohor dan berkredibiliti...

Sudah pasti kenyataan medianya bukan calang2...


Berbeza dengan Sarawak Report yang dah beberapa kali terbukti menyebarkan fitnah mana mungkin Shafee membuat kenyataan mengejutkan itu tanpa asas apatah lagi jika bertujuan fitnah...

Shafie mendedahkan Datuk Seri Najib keberatan dengan permintaan Mahathir itu yang boleh menyinggung  perasaan Tan Sri Ghani Patail...

Berkemungkinan Mahathir juga telah memanggil Ghani sehingga akhirnya perlantikan Shafee sebagai Pendakwaraya Khas kes Sodomi II melalui kaedah 'fiat' di penuhi...

Ibarat Hikayat Jambatan Bengkok Yang Tak Ada Kesudahan Begitulah Juga Bengkoknya Hati Mahathir


Jalan ceritanya hampir sama apabila Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan UMNO Johor di Hotel Pullman Putrajaya...

Dalam pertemuan itu Mahathir memaklumkan dia telah berjumpa dengan Najib dan Najib bersetuju membina semula Jambatan Bengkok dengan syarat UMNO Johor bersetuju...

UMNO Johor tidak bersetuju dan itu satu sebab Mahathir marah dengan Najib...

Ugutan Ialah Senjata Utama Mahathir Dalam Politik


Lebih mengejutkan bila Matthias memaklumkan Mahathir ada 6 TUNTUTAN TERHADAP NAJIB...

Jika tidak di penuhi Mahathir akan menentang Najib habis2an...

Apakah 5 lagi tuntutan Mahathir itu?

Apakah amalan ugut ini juga di gunakan sekarang sehingga menyebabkan menteri Pakatan Harapan termasuk DAP dan Wan Azizah seperti di cucuk hidung...

Mahathir Tidak Akan Beri Ruang Untuk Anwar Jadi Perdana Menteri


Ternyata campur tangan dan ugutan Mahathir itu bertujuan peribadi...

Ia mendedahkan Mahathir melakukan 'tikam belakang' terhadap Anwar...

Dia bimbang Anwar menang kes Sodomi II...

Dia mahu Anwar di penjarakan...

Teringat kata2 Al Marhum Tunku Abdul Rahman, "Mahathir Tak Akan Biarkan Anwar Atau Pun Ku Li Menjadi Perdana Menteri"...

Dan sekarang, Mahathir di lihat mahu melakukan perkara yang sama...

Campurtangan Mahathir Dalam Pemilihan PKR


Azmin di gunakan Mahathir untuk sekali lagi menghalang Anwar dari jadi perdana menteri...

Dengan menggula2kan jawatan menteri kanan kepada Azmin, nampaknya Mahathir berjaya memecahkan PKR kepada dua blok...


Namun sebelum PRU 14, Mahathir sedar tanpa undi dari PKR, tak mungkin Mahathir dapat menjadi perdana menteri sekali lagi...

Dalam keadaan terpaksa dia terpaksa bersetuju supaya Membebaskan Anwar menjadi manifesto Pakatan Harapan....

Selepas menjadi perdana menteri, sekali lagi Mahathir di hantui masaalah  mahu menyekat dari jadi perdana menteri...

Sebab itu mana mungkin Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke 8...

Selamatkan Negara Malaysia Dari Percaturan Politikus Berhati Busuk


Justeru Perdana Menteri dan kuncunya Matthias perlu tampil membuat penjelasan kerana ini melibatkan pendedahan serius dan mencabar kredibiliti mereka termasuk konspirasi mereka memfailkan saman di pejabat DOJ...

Rakyat, Bar Council, UMNO, PAS, NGO termasuk NGO guaman perlu membuat laporan polis...

Polis juga mesti secara professional membuat siasatan penuh...

Rakyat Malaysia MESTI lebih berhati2 dan menjadi lebih bijak dalam mencari kebenaran yang sebenar...

Jangan lagi terpedaya dengan percaturan politikus yang cuma mementingkan legasi mereka...

Akibat dari kesilapan membuat keputusan, kesannya sedang dan akan terus kita rasai dalam kehidupan seharian kita...

Jangan kita warisi anak cucu kita dengan negara Malaysia yang sudah musnah...

Dan jangan jadikan diri kita sebagai sebahagian dari orang yang memusnahkan negara kita...

Suntingan dari tulisan asal :

Mohd Puad Zarkashi

No comments:

Post a Comment