PTPTN: Hutang Wajib Dibayar, JANJI Juga WAJIB Ditunaikan
Agak melucukan bila ada Menteri parti lawan baru-baru ini buat kenyataan tidak mahu hutang PTPTN dikaitkan dengan manifesto partinya. Ini lawak macam manakah, takkan nak kaitkan dengan UMNO pulak? Tak masuk akal sungguh, yang berjanjinya siapa?
Saya kata, rakyat harus terus tuntut janji PTPTN ini sebab, walaupun hanya untuk menangguhkan (bukan menghapuskan seperti dalam manifesto PRU13), ia tetap beri kesan kepada ramai peminjam. Katakanlah biasa kena bayar RM 300 sebulan, bila ditangguhkan seperti dalam janji manifesto itu, dah jimat RM 300 – sebulan!!!
Banyak tu, dalam kehidupan sekarang, duit banyak tu boleh guna untuk bayar SST yang kadarnya lebih tinggi dari GST.
Apa pun, saya agak tertarik bila Menteri berkenaan mengatakan hutang wajib dibayar. Saya tidak pasti sama ada dia merujuk kepada alasan agama atau moral – perkara ini saya akan kupas dalam tulisan akan datang. Mana-mana pun, kalau setakat inilah sebabnya kenapa peminjam perlu bayar hutang, tak payah ubah kerajaan pun memang hutang PTPTN tetap kena bayar.
Masalahnya, ramai di kalangan peminjam PTPTN ini dulu (dan mungkin “penanggung” mereka) tidak mengundi kerajaan BN dalam PRU14 yang dulu sebab ada JANJI nak memudahkan hidup mereka yang terlibat dengan menangguhkan pembayaran hutang PTPTN sehingga gaji RM 4,000.
Penyudahnya kena bayar juga, apa kes? Sudahlah begitu, dilabel pulak peminjam ini sebagai tidak amanah. Mungkin betul mereka tidak amanah dengan tidak membayar pinjaman tapi yang tidak menunaikan janji kepada rakyat tu, amanah sangat ke?
Dimana moralnya menuduh peminjam PTPTN yang tak bayar hutang sebagai tidak amanah tapi yang dia tak menunaikan janji kepada rakyat, macam tidak ada apa-apa? Marah pulak tu bila dikaitkan dengan manifesto.
Saya nak maklum kepada semua yang berkenaan agar jangan bimbang. Dari pemerhatian di media sosial, nampak rakyat (terutama golongan muda), akan terus kaitkan semua janji tak tertunai dalam manifesto lepas dengan parti anda. Mereka macam tak peduli sebab memang dah termeterai macam itu.
Yang tak termeterai macam minyak RM 1.50/liter pun ramai menuntut, yang termeterai pulak lagi.
Bukan dalam hal PTPTN ini saja, tapi semua janji yang melibatkan golongan muda seperti gaji minimum RM 1,500, siaran langsung percuma EPL, janji nak hapuskan tol dan sebagainya, golongan muda akan terus tuntut – berdasarkan kepada pemerhatian tersebut.
Ini bukan sebab politik sangat seperti yang dituduh tapi kerana sama macam hutang yang wajib dibayar, janji juga wajib ditunaikan.
No comments:
Post a Comment