Prof. Syed Hussein Alatas menulis risalah ini untuk memberikan pandangan beliau terhadap beberapa pendapat yang terkandung dalam buku revolusi mental, sebuah buku parti UMNO yang telah diteritkan pada tahun 1971.
Walaupun Revolusi Mental telah muncul lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, tetapi pendapat-pendapat yang dikemukakan di dalamnya membayangkan keadaan pemikiran setengah-setengah golongan inteligensia Malaysia zaman sekarang terhadap persoalan kemunduran masyarakat Melayu.
Prof. Alatas bersetuju sebahagian daripada huraian Revolusi Mental, iaitu anjuran supaya masyarakat melayu mempunyai sifat-sifat yang baik dan yang membantunya memperbaiki masa depannya.
Manakala ada beberapa pendapat dalam buku Revolusi Mental yang tidak dipersetujui Prof. Alatas. Beliau tidak menerima pendapat mereka mengenai sebab utama masyarakat melayu mundur. Beliau juga mengkritik sikap mereka terhadap islam.
Selain daripada itu, beliau berpendapat penulis-penulis Revolusi Mental tidak merujuk kepada usaha-usaha pemuka-pemuka Melayu yang sebelum Revolusi Mental telah membangkitkan soal kemunduran masyarakat Melayu.
No comments:
Post a Comment