Friday 16 November 2018

Setelah PH Menang, LTAT Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi Ramli

Setelah PH Menang, LTAT Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi Ramli


Beberapa hari setelah Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, sebuah portal melaporkan Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula bebas daripada sebarang kes saman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana saman fitnah terhadap beliau telah ditarik balik.

Portal tersebut antara lain melaporkan, Peguam Rafizi Ramli, Saiful Izham Ramli LTAT telah menarik balik saman itu ketika prosiding kes di dalam kamar Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semalam yang turut dihadiri peguam Izzat Othman dan Ahmad Syateer Izzat mewakili LTAT.

Pada 6 Mei 2016, LTAT memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rafizi berhubung tiga kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera bagi menuntut ganti rugi am, teladan dan perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Tidak dilaporkan pula kenapa saman LTAT tersebut ditarik balik atau atas arahan siapa, namun apa yang jelas kedua-dua tokoh PKR tersebut merupakan tokoh politik Pakatan Harapan yang baru memenangi Pilihanraya Malaysia yang ke-14.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, Mohd Fuad Zarkashi mempersoalkan sama ada setelah perlantikan seorang lagi pemimpin Pakatan Harapan, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan kelak, (Majlis Angkat Sumpah pada Isnin, 21/5/2018) adakah kes rasuah yang sedang dihadapi beliau akan digugurkan.

 May 18, 2018

No comments:

Post a Comment