Monday 8 August 2016

Forum:Hukum Mengusap Muka Selepas Solat

Author Topic: Hukum Mengusap Muka Selepas Solat 

(Read 18647 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

________

tanpanama

22 January, 2009, 11:10:18 PM
Publish

Ikuti soal jawab dengan maulana asri yusuf (http://www.darulkautsar.com) tentang hukum

sapu muka selepas solat.

[gv=475,325]http://www.youtube.com/watch?v=w_mzIptDwP8[/gv]

Logged

Kajian Hingga Akhir Hayat...
__________

IbnuNafis

Reply #1 23 January, 2009, 07:32:33 AM
Publish

Hukum Mengusap Muka Selepas Solat

Dalil Dari Hadith

Hadits shahih Dari Ibn Sunni Riwayat Anas ra, bahwa Rasul  bila selesai dari shalat, beliau mengusap wajahnya dengan tangan kanannya, lalu berkata : Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim, Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn (Al Adzkar Imam Nawawi hal.69)

Taknak buat sudah.. jangan kata bid'ah (nih la yang selalu dizikirkan oleh Wahhabi).

p/s: dah tahu benda khilaf, buat apa dibesar-besarkan? Dari dulu lagu tu.. Macam sudah tiada perkara lain yang lebih utama iaitu untuk menyatukan umat Islam agar saling berlapang dada dan bertoleransi.

Logged

http://Http://jomfaham.blogspot.com
_________________

tanpanama

Reply #2 24 January, 2009, 12:20:55 PM
Publish

___________

Quote from: IbnuNafis on 23 January, 2009, 07:32:33 AM
Hukum Mengusap Muka Selepas Solat

Dalil Dari Hadith

Hadits shahih Dari Ibn Sunni Riwayat Anas ra, bahwa Rasul  bila selesai dari shalat, beliau mengusap wajahnya dengan tangan kanannya, lalu berkata : Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim, Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn (Al Adzkar Imam Nawawi hal.69)

Taknak buat sudah.. jangan kata bid'ah (nih la yang selalu dizikirkan oleh Wahhabi).

p/s: dah tahu benda khilaf, buat apa dibesar-besarkan? Dari dulu lagu tu.. Macam sudah tiada perkara lain yang lebih utama iaitu untuk menyatukan umat Islam agar saling berlapang dada dan bertoleransi.

Sebenarnya apa motif posting ini ditulis?Adakah sudah melihat kandungan video tersebut itu/?atau tidak faham
kandungan video tersebut?.

Diriwayatkan oleh Abu Hurayrah: "... sesiapa yang beriman dengan Allah hari Akhirat, maka berkata-katalah yang baik2 atau lebih baik diam" [Sahih Bukhari, Kitab al-Adab, Bab Ikram al-Dhoif.., No 5671]

Telah dijelaskan kedudukan sebenar hadith sapu muka selepas solat. Disini tidak ada satu pun perkataan yang membidaahkan mereka yang menyapu muka selepas solat.

Video ini sekadar perkongsian untuk menambahkan ilmu bagi mereka yang masih tidak mengetahuinya lagi. Tidak ada kaitan untuk memecahkan penyatuan umat Islam. Kecuali bagi mereka yang mempunyai otak ke arah sedemikian.

p/s: ulama' mana yang mentashihkan hadith diatas? kemukakan bukti dari imam salaf yang mentashihkan hadith tersebut. Imam 4 mazhab? imam2 hadith mutaqaddimun?

Wassalam

Logged
____________

IbnuNafis

Reply #3 27 January, 2009, 02:39:16 AM
Publish

saya pun takda buat penuduhan bahawa di dalam video itu mengatakan tentang bid'ah. Cuma ingin mengiingatkan pada mereka yang terlibat dengan suka menghukum orang lain sesat. Itu sahaja. Otak orang seperti inilah yang memcahbelahkan kesatuan umat Islam. Lagi satu otak yang selalu nak bawa perkara khilafiyyah yang dah lapuk dibincangkan kemudian nak dibesar-besarkan. Dah ramai pun yang begitu..

Dah dibawakan pun nama pengarangnya dan kitabnya. Terima Kasih. Nak terima sudah, taknak terima pun silakan la.

Sekali lagi disebutkan, perkara yang anda bawakan adalah perkara khilafiyyah. Diharap lain kali bawa topik lain yang lebih baik. Segarkan minda tajdid dari dibawa tajdid lapuk.

Logged
______________

tanpanama

Reply #4 27 January, 2009, 09:50:10 AM
Publish

susahnya bila ada species yang tertutup mindanya dan kecil kapasiti otaknya.

Saya membawakan video tersebut kerana mungkin akan ada yang merasa pelik jika ada manusia yang tidak menyapu muka selepas solat. Bahkan bagi saya ini adalah perkara yang "ringan" yang mana boleh "ditelan" oleh orang awam.

Selagi perkara itu adalah ilmu, samada qatie atau khilaf, tidak akan lapuk jika ia berkait dengan ibadah kita seharian kerana ia  berkait dengan kehidupan kita pada hari akhirat.

Diforum ini, jangan berfikir anda seorang sahaja, jika anda sudah "boring" dengan ilmu ini, itu hak anda untuk menolaknya, tetapi jangan menghalang manusia lain untuk mempelbagaikan ilmu mereka.

Berkenaan hadith riwayat ibn sunni itu, sekali lagi saya bertanya. siapa yang menTASHIHkan ia? dalam al-adzkar, imam nawawi tidak mengtakhrij mahupun mentanhqiq tentang hadith tersebut, siapa yang mentashihkan ia?

Logged
__________

dhiya

Reply #5 27 January, 2009, 12:16:35 PM

Publish

Firman Allah: "Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat," [Ali 'Imran:105]

FirmanNya lagi,

"Allah akan mengadili di antara kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu dahulu selalu berselisih padanya." [Al Hajj:69]

Maka:

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." [An Nisaa':59]

Sekadar nasihat...

Logged

[img]http://dl10.glitter-graphics.net/pub/79/79730l4d8pj2fyu.gif[/img]
I can always make you smile...
___________

IbnuNafis

Reply #6 27 January, 2009, 01:20:15 PM
Publish

Saya melihat trend tanpanama ini bukan sahaja di forum ini bahkan di forum lain juga dibawakan isu khilafiyyah. Isu tawasul, isu pengajian sifat 20. Ini memang mentaliti anda tanpanama. Entah apa yang anda bawa atas nama ilmu. Nak dikata menyatukan umat Islam tiada pula. Barangkali gamaknya anda tidak kenal an Nawawi sebagai muhaddith? Sudah dibawakan ia adalah hadith sahih imam an nawawi al adzkar.

Telek sikit apa yang anda bawa selama ini. Terima kasih.

Logged
___________

mooks

Reply #7 27 January, 2009, 10:17:01 PM
Publish

____________
Quote from: tanpanama on 27 January, 2009, 09:50:10 AM

Diforum ini, jangan berfikir anda seorang sahaja, jika anda sudah "boring" dengan ilmu ini, itu hak anda untuk menolaknya, tetapi jangan menghalang manusia lain untuk mempelbagaikan ilmu mereka.

Tanpanama....anta berkata seperti itu...tapi kenapa di post tawassul anta lock?? cakap nak berilmu sepanjang hayat...padahal bukannye ibnunafis cakap kasar sangat...banyak lagi yang lebih kasar...ana nak post hujjah ana pun tak dapat...macam tak nak orang tau je ada hujjah lain...ana tak nak menuduh atau bergaduh...kita ni sesama muslim...ana pun sama...hanya haus dengan ilmu...jadi tolongla....berilah toleransi kepada yang lain jugak...
Logged

ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا
Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
---Raden Kiai Mooksy---

_____________

tanpanama

Reply #8 03 February, 2009, 09:33:00 PM
Publish

________________
Quote from: mooks on 27 January, 2009, 10:17:01 PM

Quote from: tanpanama on 27 January, 2009, 09:50:10 AM
Diforum ini, jangan berfikir anda seorang sahaja, jika anda sudah "boring" dengan ilmu ini, itu hak anda untuk menolaknya, tetapi jangan menghalang manusia lain untuk mempelbagaikan ilmu mereka.

Tanpanama....anta berkata seperti itu...tapi kenapa di post tawassul anta lock?? cakap nak berilmu sepanjang hayat...padahal bukannye ibnunafis cakap kasar sangat...banyak lagi yang lebih kasar...ana nak post hujjah ana pun tak dapat...macam tak nak orang tau je ada hujjah lain...ana tak nak menuduh atau bergaduh...kita ni sesama muslim...ana pun sama...hanya haus dengan ilmu...jadi tolongla....berilah toleransi kepada yang lain jugak...

:senyum:....sori2.. saya terpaksa LOCK kerana memikirkan akan berlarutan kepada tahap perbincangan yang seperti perbincangan hadith syaz, hadith mungkar dan seumpama denganya.  Perlu difahami, kita tidak menolak tawassul 100% , apa yg kita tolak bilamana kita meminta dengan orang yang sudah mati. maka tidak ada bezanya kita dengan pemuja-pemuja kubur.

Untuk ibn nafis, sekadar bantuan daripada ustaz Abu Umair (http://abuumair1.wordpress.com/) hadith dalam al-azkar adalah seperti berikut:

Hadis tersebut direkod dalam 'Amal al-Yawm Wa al-Laylah' oleh Ibn Sunniy, dalam sanadnya:

Sallam al-Madainiy (al-Towil) DARI Zaid al-Ammiy DARI Muawiyah bin Qurrah DARI Anas.

Juga direkod oleh Tabarani dalam Mukjam Awsat dan Al-Dua', dengan sanad yang sama dengan di atas.

Tabarani mengatakan, "Tidak meriwayatkan hadis ini daripada Muawiyah kecuali Zaid. Dan Sallam pula berseorangan meriwayatkan dengannya".

Jadi, perbahasan hadis ini adalah pada Zaid al-Ammiy, dan juga Sallam al-Towil. Dalam ilmu rijal, kedua-dua perawi ni ditajrih dan ditolak periwayatannya. Apatah lagi hadis-hadis yang mereka berseorangan meriwayatkannya.

Ketidakwujudan hadis ini dalam dewan-dewan hadis utama seperti Sunan Sittah menguatkan lagi keraguan pada kesahihan hadis ini.

Wallahu A'lam.

kita menerima ia khilaf, tetapi keluar dari khilaf itu lebih baik? mcm mana?

sila baca di link berikut

http://abuumair1.wordpress.com/2009/02/01/tidak-boleh-ingkar-masalah-khilaf/

wassalam

Logged
___________

Hamba lemah

Reply #9 18 April, 2011, 11:43:18 PM
Publish
 
maaf ganggu,,cuma nak ckp,,bergaduh akan perkara khilaf xguna.lebih baik kita sama2 berjuang untuk menegakkan islam..WASSALAM..

Logged
__________

maliki

LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

Reply #10 19 April, 2011, 08:06:13 AM
Publish

aku tak suka orang gaduh pasal agama,berlainan pemahaman..tak tahu mana satu betul membuat aku pening memikirkannya,membuat semua orang dalam tanda tanya.jika ini berterusan baik yang dirasakan benar tu diamkan diri je lebih baik..meninggalkan perdebatan dengan orang jahil walaupun kita di pihak benar banyak ganjarannya di sisi Allah...ampunilah salah aku kerna hantar pos ni

Logged

Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah
Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.
_____________

hafizul_84

Reply #11 19 April, 2011, 09:19:27 AM
Publish

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasihani...

isu yang sudah lama dibahaskan oleh ulamak terdahulu...
kamu mahu bangkitkan balik?...
bertanggungjawab lah dengan ilmu kamu dan apa yang bakal kamu sebarkan...
perkara khilaf...kamu nak buat kamu buat..x nak buat kamu jangan buat....jangan kamu x nak buat kamu cakap benda itu salah...
kamu berilmu tinggi..ku bersangka baik..
khatam satu kitab sudah bermegah dengan ilmu dan mahu berbahas dengan ulamak...mohon maaf
wallahuallam...

Logged
________

Ace Abbas

Reply #12 19 April, 2011, 09:29:28 AM
Publish

Isu sapu muka selepas salat pun boleh jadi topik perbahasan.
Ini menunjukkan yang Islam ialah agama yang sangat terperinci sebab hal kecik macam ni pun boleh dihukum.

Pada pandangan saya, tak perlulah nak kata sapu muka tu sebagai bida'ah.
Sebab selepas habis salam, maknanya salat kita pun dah habis.
Selepas salat dah habis, maknanya, kita nak buat apa2 pun, suka hati kita la.
Kita nak sapu muka ke, nak sapu kaki ke, nak sapu tangan ke... Tak salah.
Sebab rukun salat yang terakhir ialah salam. Selepas salam, kita bukan dalam keadaan salat lagi dah.

Wallahu a'lam.

Logged
_________

ifahuzir

Reply #13 19 April, 2011, 03:58:53 PM
Publish

Dah selesai, Sapulah muka cengan telapak tangan kanan sambil mengucapkan "".. Menunjukkan tanda syukur bahawasanya, kita telah selamat menyelesaikan solat (fardu atau sunat) tersebut..

Logged
_______________

Ace Abbas

Reply #14 25 April, 2011, 06:17:13 PM
Publish

Maafkan saya.

" Adalah perbuatan yang tidak ada contohnya dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak juga dari para sahabat, tabi'in, tabi'ut at-tabi’in atau para Salaf as-Soleh perbuatan mengusap (menyapu) tengkuk. kepala dan muka dengan tangan, sama ada setelah selesai memberi salam setiap kali solat atau sesudah membaca doa.

Amalan mengusap (menyapu) tengkuk, kepala dan muka setelah selesai memberi salam atau berdoa adalah perbuatan bid'ah yang bertentangan dengan fatwa Imam Syafie. Beliau menentang perbuatan tersebut sebagaimana dijelaskan olehnya melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm: ... "

Sumber: Panduan Solat/Sembahyang Cara Nabi/Rasulullah s.a.w.

Rujuk muka surat 78. Saya tak boleh nak jatuhkan hukum. Tapi, baca la sendiri muka surat 78 tu.
Terima kasih.

Logged
________

IbnuNafis

Reply #15 26 April, 2011, 06:49:50 PM
Publish

__________________
Quote from: Ace Abbas on 25 April, 2011, 06:17:13 PM

Pada permulaan respon ana lihat enta boleh menerima dan berlapang dada dalam perkara khilafiyyah dan ini merupakan satu perkara yang positif. Namun pada respon yang kedua enta mula menggunakan sumber yang lain dengan menghukum bid'ah - jika dirujuk pada pendapat RASUL DAHRI ia adalah bid'ah sesat dan pelakunya akan masuk dalam neraka. Sedangkan perbuatan menyapu muka selepas solat ada sandarann

________________

Ace Abbas

Reply #16 27 April, 2011, 10:44:49 AM

Publish

_____________________________
Quote from: IbnuNafis on 26 April, 2011, 06:49:50 PM
___________
Quote from: Ace Abbas on 25 April, 2011, 06:17:13 PM

Maafkan saya.

" Adalah perbuatan yang tidak ada contohnya dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak juga dari para sahabat, tabi'in, tabi'ut at-tabi’in atau para Salaf as-Soleh perbuatan mengusap (menyapu) tengkuk. kepala dan muka dengan tangan, sama ada setelah selesai memberi salam setiap kali solat atau sesudah membaca doa.

Amalan mengusap (menyapu) tengkuk, kepala dan muka setelah selesai memberi salam atau berdoa adalah perbuatan bid'ah yang bertentangan dengan fatwa Imam Syafie. Beliau menentang perbuatan tersebut sebagaimana dijelaskan olehnya melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm: ... "

Sumber: Panduan Solat/Sembahyang Cara Nabi/Rasulullah s.a.w.

Rujuk muka surat 78. Saya tak boleh nak jatuhkan hukum. Tapi, baca la sendiri muka surat 78 tu.
Terima kasih.

Pada permulaan respon ana lihat enta boleh menerima dan berlapang dada dalam perkara khilafiyyah dan ini merupakan satu perkara yang positif. Namun pada respon yang kedua enta mula menggunakan sumber yang lain dengan menghukum bid'ah - jika dirujuk pada pendapat RASUL DAHRI ia adalah bid'ah sesat dan pelakunya akan masuk dalam neraka. Sedangkan perbuatan menyapu muka selepas solat ada sandarannya dan merujuk kepada penjelasan ulamak solat itu sendiri adalah doa.

Ana tidak tahu samada post enta yang kedua ini memberikan hukum dan kemudian berniat hendak mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut ataupun memberi kata putus dengan bertaqlidkan artikel hasil dari Rasul Dahri yang pernah menghukum kafir pada asya'iroh ?. Harap dapat beri penjelasan.
_________

Sila baca yang dimerahkan. Saya tak menghukum.
Saya cuma suruh baca. Saya sendiri nak tahu apa hukum sebenarnya.
Rasul Dahri memang salafi wahhabi. Tapi pendapat seorang salafi pun perlu dikaji juga.

Kita tak boleh tolak ajaran fahaman lain (spt syiah atau wahhabi) secara bulat2, sebab tak semua fahaman dia salah.
Ada juga fahaman dia yang betul. Kita kena kaji. Sebab tu saya cuba point out pendapat dia.

Saya sendiri tak berani nak keluarkan kata putus pasal hukum sapu muka ni.

Kenapa IbnuNafis marah bila saya point out pendapat Rasul Dahri?
Rasul Dahri tu orang Islam juga kan? Tak salah kan kalau kita kaji pendapat dia?

Logged
__________

fadeli

Reply #17 22 October, 2011, 01:33:14 PM

Publish

pada kebiasaan sesetengah orang melayu,apabila selesai solat maka mereka menyapu muka dgn tangan..perbuatan ini tiada dalam rukun solat atau amalan-amalan sunat melakukan solat yang diperkuatkan..

walau bagaimana pun kita lihat atas niat perbuatan itu.. biasanye apabila sujud kita meletakkn dahi diatas lantai,jadi kemungkinan habuk2 atau kotoran akan melekat dan ini membuatkn rasa tidak selesa..sebab itulah kebanyakan orang menyapu muka selepas solat.. salah ke perbuatan itu dari segi niat sebegini?..wallahu alam

Logged
_____________

halawah

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh

Reply #18 18 January, 2012, 05:40:08 PM

Publish

menyapu muka selepas solat tiada diajarkan nabi
tapi sebagai tanda keberkatan dari berdoa..agar wajah yang muram jadi segar airmata yang mengalir membasahi  wajah yang kering maklumlah sujud sujud sujud muka kering kena debu...
Namun usahalah belajar dan cari rukun dari ulamak2 agar menfaat ilmu dan amalannya...

Logged

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh
__________

pancingming

Reply #19 21 March, 2012, 01:59:15 PM
Publish

wahabi tak salah..orang dalam wahabi.yang cerdiknya..perasan pandai dari ulamak muktabar..padahal cerdiknya

No comments:

Post a Comment