Thursday 27 June 2019

Dr. Mahathir Terus Burukkan UMNO

Dr. Mahathir Terus Burukkan UMNO


(Utusan) – Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam media kononnya kewangan dalam akaun UMNO datang dari sumber wang 1MDB adalah berniat jahat bagi memburukkan nama UMNO.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr. Masliha Harun berkata, Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan cuba membina persepsi bahawa UMNO menerima dana haram, sedangkan tidak ada sebarang keputusan mahkamah pun yang menyatakan sedemikian.

“Adalah sangat memalukan apabila seorang Perdana Menteri cuba menanam persepsi jahat sebegitu dalam minda rakyat sedangkan Cik Uma Devi, pegawai bank yang terlibat dalam urusan kewangan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi keterangan dalam perbicaraan di mahkamah telah mengakui bahawa duit yang diterima oleh akaun AmBank kepunyaan Datuk Seri Najib adalah dari Arab Saudi.

“Akaun ibu pejabat UMNO dinamakan satu daripada 41 akaun dalam senarai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penerima duit 1MDB tetapi anehnya perbicaraan kes 1MDB itu sendiri belum bermula.

“Bukankah ini menampakkan satu propoganda jahat terancang kerajaan bagi memburukkan nama UMNO?,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Dr. Masliha menaruh keyakinan tinggi UMNO berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan akan melawan di mahkamah semua tohmahan kerajaan PH itu yang dilihat secara sengaja memanipulasikan peraturan undang undang bagi kepentingan nafsu serakah mereka.

No comments:

Post a Comment