Thursday 27 September 2018

Kiriman Emel Pembaca: MAHATHIR, BAPA KEHANCURAN BANGSA MELAYU

Kiriman Emel Pembaca: MAHATHIR, BAPA KEHANCURAN BANGSA MELAYU

 September 20, 2018 Naimah Shaari 

 

1. Mahathir seperti Rasputin, adalah tokoh tokoh gila yang begitu berpengaruh di zaman mereka.

2. Jika Rasputin berjaya meyakinkan rakyat dan Raja Russia (Czar Nicholas II) sehingga mereka yakin Rasputin mempunyai kuasa mistik lalu membawa kepada kejatuhan sistem beraja negara itu, Mahathir pula berjaya mempengaruhi bangsanya sendiri untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin agung dengan pelbagai muslihat tersembunyi.

3. Mahathir mempunyai sikap seperti Asoka yang membunuh semua adik beradiknya dengan penuh kejam ketika menaiki takhta kerana bimbang mereka akan merampas kuasa daripadanya. Mahathir pula sentiasa memburuk burukkan semua pemimpin Melayu lain kerana tidak mahu ada pemimpin lain yang disanjung selain daripada dirinya. Mahathir dengan kegilaan yang dimilikinya akan lakukan apa saja untuk memusnahkan saingannya.

4. Sama seperti raja raja kuno yang membakar kota lama peninggalan raja sebelumnya bagi memadam kegemilangan raja itu, Mahathir sedang melakukan perkara yang sama dengan ‘membakar’ UMNO kerana dia tidak mahu melihat munculnya seorang pemimpin yang lebih baik dari dirinya untuk memacu parti ini.

5. Begitu taksubnya orang-orang Melayu terhadap tipu daya Mahathir sehingga ramai yang percaya bahawa Mahathir ada jawapan kepada segala masalah yang mereka hadapi. Walhal Mahathirlah punca kepada segala masalah yang mereka hadapi.

6. Taksubnya orang Melayu terhadap Mahathir apabila mereka dengan mudah mengizinkan bangsa mereka dilabel sebagai malas dan bodoh oleh Mahathir. Secara tidak langsung Mahathir ingin mengatakan pada Melayu bahawa mereka tidak boleh menjadi kaya seperti anak anaknya kerana mereka malas dan bodoh. Kerana itu Melayu menjadi buta dan begitu marah apabila kekayaan keluarga Mahathir dipertikaikan. Melayu begitu mempertahankan Mahathir dengan mengatakan “Apa salahnya jika ada Melayu yang kaya?”.

7. Sedang Melayu terpengaruh dengan dakyah Mahathir untuk mempercayai 1MDB dan membenci Datuk Seri Najib, mereka terlupa bahawa Mahathirlah perosak Dasar Ekonomi Baru dengan penglibatan menggila anak-anak dan kroni-kroninya.

8. Melayu ditipu oleh Mahathir selama 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri. Melayu diajar supaya berbangga dengan menara kembar tertinggi di dunia, kereta proton buatan Malaysia dan yang lainnya, sehingga terlupa siapa sebenarnya yang meraih keuntungan besar daripada semua projek projek ini.

9. Melayu kini ditakut takutkan oleh pemimpin tua ini dengan pelbagai tindakan kejam yang dikenakan keatas para pencabar dan penentangnya.

Siapa agaknya yang akan menyelamatkan bangsa Melayu daripada kemusnahan yang sedang dibawa oleh pemimpin yang penuh dendam dan amarah ini?

Apakah pengganti Mahathir akan melakukan kekejaman yang sama terhadap anak anaknya apabila dia mati nanti?

Anak Tanah Melayu
19/9/18

 

No comments:

Post a Comment