Saturday 4 August 2018

Politik balas dendam perlu dihentikan

PRU14 /

Politik balas dendam perlu dihentikan

Lokman Hakiem Abd. Samad

05 Jun 2018 11:15 AM

KUALA LUMPUR 5 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan diminta menghentikan sistem politik bersifat balas dendam terutamanya terhadap penjawat awam.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu merupakan penindasan terhadap perkhidmatan awam dalam cubaan untuk melucutkan hak-hak mereka dalam Perlembagaan.

“Kami bimbang bahawa ini boleh dianggap sebagai ancaman dan penindasan terhadap perkhidmatan awam dalam cubaan untuk melucutkan hak-hak Perlembagaan  dan demokratik penjawat awam untuk kebebasan berpihak dan kebebasan siapa yang mereka mahu sokong.

“Kami mendesak Kerajaan PH menghormati hak-hak ini dan melayani perkhidmatan awam secara adil.

“Untuk memastikan negara ini kekal bersatu, terus maju dan demokratik, maka amalan politik balas dendam perlu dihentikan,” kata kenyataan itu

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu membangkitkan kesetiaan sesetengah anggota perkhidmatan awam diragui kerana sesetengahnya menyokong Barisan Nasional (BN) secara serius.


Ini disusuli kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun bahawa kerajaan negeri sedang dalam proses mengesan dan mengenal pasti kakitangan awam yang berkempen untuk BN dalam PRU-14 sebagai persediaan untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan itu menambah, semasa pentadbiran BN, semua tahu ramai penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang, termasuklah warga angkatan tentera. 
Bagaimanapun, BN tidak memaksa mereka untuk menyokong parti pemerintah atau tidak menjadikan mereka mangsa kerana pendirian politik mereka.

Ini kerana jelas kenyataan itu, Perlembagaan BN membolehkan rakyat - sama ada dalam perkhidmatan awam atau tidak - mempunyai kebebasan bersekutu dan hak mereka untuk menyokong siapa yang mereka mahukan .

“Itulah asas demokrasi. Kami hanya meminta mereka untuk berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan dan tidak membiarkan politik mengganggu kerja mereka,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment