Saturday 4 August 2018

Selepas beri 10 sebab Tun M tidak boleh jadi PM, Kamarul letak jawatan hari ini

 

BERITA

Selepas beri 10 sebab Tun M tidak boleh jadi PM, Kamarul letak jawatan hari ini

BY ARIF ATAN

MAY 14, 2018

Renungan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Dr Kamarul Zaman Yusuff selepas forum yang mengundang kelucuan netizen  yang diadakan pada Mac lalu.

Selepas sebulan setengah menyenaraikan 10 sebab mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff meletak jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa hari ini.

Pensyarah yang ketara pro Pas sebelum PRU-14 itu berkata, tindakan sukarelanya itu bagi memudahkan urusan semua pihak.

Kamarul berkata, namanya termasuk di dalam senarai mereka yang akan dikenakan tindakan kerana terlalu bersikap lantang terhadap Tun Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) selepas berlalunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Begitu juga dengan suara-suara di UUM sendiri yang mula lantang mempersoalkan kedudukan saya ekoran sikap kritikal saya tersebut.

“Bila akhbar Sinar Harian meminta dan menyiarkan, pada 10 Mei 2018, sesatunya komen saya selepas keputusan PRU 14 diumumkan, di bawah tajuk ‘PRU14 cermin kebencian rakyat terhadap Najib’, saya diperli pula oleh banyak pihak kerana kononnya membuat U-Turn.

“Tidak saya nafikan walau ke mana pun saya pergi selalunya saya akan ditegur oleh mereka yang saya tidak kenali di atas sifat saya selaku ahli akademik yang (kononnya) terkucil di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wacana Sinar Harian pada 22 Mac 2018,” kata beliau dipetik daripada kenyataannya di Facebook.

Sehubungan itu, Kamarul memohon maaf secara terbuka kepada semua warga UUM yang tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut terjejas dengan tindakannya yang kritikal terhadap Tun Mahathir dan PH.

Kamarul pada forum ‘Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua untuk Jadi PM?’ anjuran Sinar Harian pada 22 Mac lalu menarik perhatian ramai apabila dikatakan ‘terkucil’ sejurus Tun Mahathir muncul secara tiba-tiba ketika sedang menyenaraikan sebab negarawan itu tidak layak menjadi Perdana Menteri.

© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment