Saturday 16 March 2019

AMBRIN BUANG LEBIH BERWIBAWA DARIPADA MADINAH?

AMBRIN BUANG LEBIH BERWIBAWA DARIPADA MADINAH?

Oleh Mohd Puad Zarkashi  6 Disember 2018

Tan Sri Ambrin dengan berani mendedahkan bahawa dakwaan Madinah kononnya laporan akhir 1MDB telah dipinda adalah tidak benar kerana yang dipinda itu hanya merupakan “deraf awal”.

Beliau menegaskan tidak ada sesiapa yang mempengaruhinya dan tidak ada pindaan dibuat kepada laporan terakhir yang dihantar kepada PAC pada 4 April 2016. Dengan kata lain tidak ada laporan akhir versi lain. Semua di dalam kawalan beliau.

Pada beliau adalah biasa pindaan dibuat kepada deraf awal. Ia bukan satu kesalahan. Seperti menyedikan deraf “Bajet” sudah tentu berbelas dan berpuluh pindaan dibuat.

Difahamkan ada pegawai di MOF merungut kerana beberapa pindaan dibuat terhadap deraf asal bajet. Agaknya itu punca bonus penjawat awam dan bantuan khas untuk nelayan, petani dan pekebun kecil tidak ada dalam ucapan Bajet 2019?

Contoh terbaik ialah, Dr. Maszlee menafikan KPM ada meminta peruntukan khas RM120 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina. Apakah Lim Guan Eng yang meminda dan menambahkannya dalam Bajet untuk KPM? Apakah itu satu kesalahan?

Maka pendedahan TS Madinah seperti terpaksa. Ia menjatuhkan kredibilitmya.

Tahniah TS Ambrin Buang.


LAPORAN TERAKHIR AUDIT REPORT MENGENAI 1MDB



Tan Sri Amrin Buang memberi penjelasan bahawa Audit Report Terakhir (The Final Report) mengenai 1MDB tidak diubahsuai.

Laporan/report yang dipinda adalah DRAF-DRAF AWALmengenai laporan 1MDB tersebut.

Ada 10 perkara di dalam draf tersebut yang dipinda.

Pembongkaran kononnya Laporan Audit 1MDB telah dipinda sebelum diberikan kepada Kabinet dan Parlimen adalah satu  PEMBOHONGAN  oleh Tan Sri Madinah Mohamad (Auditor General sekarang).

Akibat pembohongan ini, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh dipecat dari jawatan Pengerusi Bank Rakyat tanpa usul periksa.

Inilah yang dinamakan RULE OF LAW ala kerajaan Mahathir Mohamad.

Madinah harus disiasat kenapa beliau BERBOHONG kepada media dan rakyat. Adakah ini bertujuan untuk mengambil hati Dr. Mahathir dan Kerajaan Pakatan?

Kenapa Shukry, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dipecat tanpa usul periksa?

Adakah ini cara Kerajaan Pakatan mahu menggantikan Pengerusi Bank Rakyat dengan kroni mereka?

Kita tunggu dan lihat siapa bakal menjadi Pengerusi Bank Rakyat yang baru.

Salam.

DSBA

5 Disember 2018

No comments:

Post a Comment