Thursday 21 March 2019

Isu Pasir Gudang: Tak ada yang terkorban, jadi tak perlu darurat?

Isu Pasir Gudang: Tak ada yang terkorban, jadi tak perlu darurat?

Biar jumlah manga sudah mencecah 2,200 orang, pihak Dr Dzulkefly masih cuba memberi persepsi seolah-olah keadaan adalah terkawal. Sumber (gambar): NST Online

TTF: Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, memberitahu pemberita bahawa Sisa kimia yang meracuni mangsa-mangsa di Pasir Gudang, Johor tidak sampai ke tahap mampu membunuh.

Beberapa jam kemudian, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberitahu satu sidang media di Hospital Sultan Ibrahim bahawa pengisytiharan darurat tidak perlu kerana keadaan masih terkawal.

Sebelum itu pula, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, memberitahu bahawa secara keseluruhan, seramai 1,164 mangsa dirawat di dua medic base di Taman Pasir Putih dan Taman Desa Mawar sejak Isnin lalu dengan 217 dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sehingga jam 8 malam semalam.

Untuk makluman, ini tidak termasuk 869 mangsa yang mendapat rawatan sendiri di pusat perubatan swasta, bermakna jumlah keseluruhan mangsa yang dilaporkan sejak Isnin lepas sudahpun mencecah dua ribu dua ratus orang.

Apakah ini yang dimaksudkan keadaan yang terkawal?

Berapa ramai lagi mangsa diperlukan sebelum keadaan dianggap tidak terkawal?

3,000? 30,000? 300,000??

Tidakkah Dr Dzulkefly tahu bahawa sudah menjadi lumrah dalam bidang perubatan bahawa sesetengah penyakit boleh mengambil masa beberapa hari, minggu mahupun bulan sebelum ianyna menonjol selepas berlakunya sesuatu jangkitan ataupun keracunan?

Apakah pihak kementerian telah menjalankan kajian yang terperinci dalam tempoh tiga-empat hari sahaja hinggakan berani menjamin bahawa keadaan adalah terkawal dan tidak mungkin berlaku situasi di luar batasan jangkaan?

Sepatutnya, Menteri Kesihatan tidak hanya menumpukan perhatian kepada keupayaan pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang untuk membunuh sahaja kerana salah satu objektif utama sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan bahawa kesejaahteraaan rakyat sentiasa terpelihara, bukan hanya sekadar memastikan rakyat tidak terbunuh.

Dan atas keperluan inilah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan.

Menurut perkara tersebut, kuasa untuk mengisytiharkan darurat terletak pada Yang di-Pertuan Agong apabila wujud keadaan yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan terancam.

Walaupun secara dasarnya Agong yang mengisytiharkan darurat, tetapi dari segi realiti, pihak yang membuat pengisytiharan tak lain tak bukan kerajaan Persekutuan, memandangkan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan menghadkan kuasa Agong dengan mewajibkan Tuanku bertindak atas nasihat jemaah menteri.

Dengan adanya pengisytiharan darurat, pihak kerajaan diizinkan bertindak dengan cara-cara yang lazimnya terlarang oleh Perlembagaan Persekutuan kerana hanya dengan cara sedemikian keadaan boleh di kembalikan seperti sediakala dalam masa yang terdekat.

Ini sekaligus akan meningkatkan kecekapan kementerian-kementerian serta institusi-institusi yang berkaitan untuk bertindak sedemikian rupa supaya kesejahteraan rakyat jelata kembali terjamin.

Apakah ini tidak menjadi prioriti kerajaan Pakatan Harapan, atau adakah tafsiran kerajaan PH semata-mata bahawa rakyat Malaysia sentiasa sejahtera selagi tidak ada yang terkorban?

KUALA LUMPUR: Sisa kimia yang meracuni mangsa-mangsa di Pasir Gudang, Johor tidak sampai ke tahap mampu membunuh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada sudut kesihatan, mangsa-mangsa yang dirawat akibat pencemaran tersebut tidak berada dalam keadaan bahaya.

“Kita yakin boleh diuruskan dengan baik kerana pencemaran toksik itu tidak sampai ke tahap fatal, sehingga hari ini saya boleh cakap sedemikian.

“Tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang di buang, kita masih lagi mengenal pasti bahan kimia tersebut selain memastikan lapan sebatian kimia itu tidak berpotensi maut,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Dr. Dzulkefly, setakat ini, sejumlah 937 orang dirawat dengan 12 daripada mereka masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail akibat pencemaran tersebut.

Katanya, seramai 19 kakitangan kementerian turut menjadi mangsa ketika memberi rawatan kepada mangsa-mangsa pencemaran tersebut.

“Mereka juga manusia biasa dan bukan kebal, toksik itu dialami lapan pegawai perubatan, empat pembantu kesihatan, tiga jururawat, seorang pemandu dan seorang pakar perubatan,” katanya.

Diadaptasi dari:

No comments:

Post a Comment