Saturday 16 March 2019

FATAMORGANA TUN MAHATHIR, ANTARA REALITI DAN FANTASI 1MDB


FATAMORGANA TUN MAHATHIR, ANTARA REALITI DAN FANTASI 1MDB


Sekadar gambar hiasan


Apabila SPRM membuat kenyataan mengesahkan setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebaliknya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Walaupun pengesahan tersebut dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang dilantik oleh Tun Mahathir sebelum ini, namun beliau tetap menolak untuk mempercayainya.

“Itu SPRM kata…SPRM mungkin belum dapat maklumat sepenuhnya dan dia ambil masa.”

“Setakat ini banyak lagi kes-kes pencurian oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang SPRM tak punya masa untuk selidik dan itu tidak bermakna Datuk Seri Najib tak curi.”

“Kita tunggulah adakah benar atau tidak (kes RM90 juta dan kes Najib).”


Jika penjelasan oleh Ketua Pesuruhjaya bagi sebuah badan yang tugas hakiki dan kepakarannya mengesan salah laku rasuah pun tidak dapat diterima oleh Tun Mahathir, maka penjelasan siapa yang hendak diterimanya?

Adakah perancang utama konspirasi skandal atau fitnah ini iaitu Xavier Andre Justo dan Claire Rewcastle Brown sahaja yang dipercayai oleh Tun Mahathir, yang memberi makna kedua-dua mereka jauh hebat mencari bukti berbanding SPRM?

Jadi kenapa tidak gunakan ‘bukti dan siasatan’ mereka berdua untuk mendakwa Datuk Seri Najib, dari membuang masa dan berdolak-dalik setiap masa?

Rujuk kronologi siasatan SPRM iaitu pada 6 Julai 2018, Shukri mengumumkan siasatan 1MDB telah 50 peratus selesai manakala pada 30 Ogos pula, Timbalannya Datuk Seri Azam Baki membuat kenyataan bahawa siasatan skandal 1MDB berada di tahap 60 peratus.

Tiada perkembangan dalam siasatan 1MDB yang dinyatakan oleh SPRM selepas itu, namun ironinya pada tahun 2015, Shukri berkata siasatan kes 1MDB telah berada di fasa akhir.

Beliau juga mendakwa telah bertemu beberapa Menteri, termasuk mengadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali untuk meyakinkan mereka mengenai 1MDB, sebelum beliau ‘melarikan diri’ ke luar negara pada 31 Mei 2015.

Jika SPRM sendiri mengaku siasatan masih belum lengkap dan tiada perkembangan sehingga kini, persoalannya apa yang beliau terangkan kepada Majlis Raja-Raja dan Menteri sebelum ini?

Selain itu, sudah beratus akaun dibekukan termasuk akaun UMNO sendiri yang tentunya menganiaya dan menyusahkan pelbagai pihak serta bertentangan dengan prinsip keadilan iaitu “tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagai bersalah”, dengan AMLA digunakan untuk menghalalkan cara.

Jika Tun Mahathir begitu mementingkan ‘RULE OF LAW’ seperti yang selalu dilaungkannya, kenapa masih wujud elemen berat sebelah dan ketidakadilan?

Mungkin jawapannya ada pada kenyataan terkini Tun Mahathir sendiri iaitu, “Mungkin belum dapat maklumat sepenuhnya, tetapi bukan bererti tidak mencuri” yang memberi makna, “Anda terbukti bersalah sebelum dibuktikan sebaliknya”.

Ternyata Tun Mahathir Mohamad di usia yang mencecah 94 tahun, dibelenggu oleh persepsi yang dicipta sendiri kerana tidak boleh menerima kenyataan bahawa kes 1MDB ini tidak seperti yang diharapkannya.

Mungkin juga buku kegemaran beliau adalah Billion Dollar Whaleyang diulang baca setiap hari sehingga beliau semakin sukar membezakan antara realiti dan fantasi.

No comments:

Post a Comment