Friday 7 August 2015

“Di mana Kamu Berada Hadapkanlah Pada Wajah (Muka) Allah” ….

“di mana kamu berada hadapkanlah pada muka Allah” ….

Tafsir ayat ini telah datang dari Mujahid anak murid Ibn Abbas radhiallahu anhu – wajhullah-bermaksud qiblat Allah- iaitu pada ketika solat nafilah pada ketika bermusafir dan di atas tunggangan.

Imam Ali Karramallhuwajhah telah berkata, telah disebut dalam kitab Risalah AL-Qusyairiyyah oleh Abi Al-Qasim Al-Qusyairi :

Berkata Imam Ali:
Tidak boleh kita katakan dimana pada siapa(Allah) yang menciptakan dimana(tempat). Maksud dari kata-kata tersebut, kita tidak boleh meletakkan tempat pada yang menjadikan tempat dan Allah itu adalah tidak bertempat, kerana tempat itu makhluk dan benda baru yang memerlukan permulaan. Dan Allah tidak berhajat pada benda baharu. Maka Allah wujud dengan tidak ada permulaan.

Imam Abu Hanifa telah berkata dalam kitabnya Fiqh Al-Absat :

Bahawa (Allah) sebelum wujudnya tempat (makanun), telah wujud (Allah) dan tidak ada langsung tempat atau makhluk dan Allah adalah pencipta kepada segala makhluk. Maksud: Kewujudan Allah adalah sebelum wujudnya apa jua makhluq seperti tempat,sifat, dan segala makhluq yang adanya permulaan.

Allah rabbul Jalil berfirman:

” Laisa Kamithlihi Syaiun ” Surah As-Syura ayat ke 11.

Dalam Hadith Shohih al-Bukhari “Kana Allah wa lam yakun syaiun ghairuhu” .

Telah wujud Allah dan tidak ada apa jua yang wujud selain Allah.

Kaedah: Penafian pada umum menyebabkan ternafinya apa jua yg khusus.

1) telah diriwayatkan dalam shohih bukhari yang mafhum hadith ini

“jika seseorang berada dalam sholat dan memohon hajat pada Allah, janganlah kamu meludah pada kiblatnya tidak juga pada sebelah kanannya, kerana sesungguhnya Allah itu berada di antaranya dan di antara kiblatnya ”

dan hadith ini lebih kuat sanad dia daripada hadith jariah.
Maksud hadith ini: rahmat Allah berada di depan kamu.

2) telah dikuarkan oleh imam al-Bukhari juga dari Abi Musa Al-As’arie radiallahuanhu:

sesunggunya Rasulullah telah bersabda: rendahkan suara kamu sesungguhnya kamu tidak berdoa meminta pada yang pekak lagi ghaib, tetapi kamu meminta/berdoa pada Allah yang Maha mendengar dan lagi dekat pada hambanya, dan Allah yang kamu minta itu adalah lebih dekat dari tengkok/leher kamu”.

Maksudnya, Allah itu amat dekat pada hambanya, dan dekat di sini tidak bermaksud tempat.

No comments:

Post a Comment