Tuesday 18 August 2015

Soal Jawab : Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab Muqadimah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمىٰنِ الرَّحِيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَدِهِ الَّذِينَ ٱصْطَفَى

Amma-ba’du, maka ini sebuah kitab yang kecil, yang mengandung ia akan hukum bermazhab dan taqlid, hamba susunkan dia kerana permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad Fathoni, yang memberi ia akan hamba akan sebuah risalah (Al-Mazhab, Wajibkah atau Haramkah bermazhab?). Yang terbangsa kepada Al-Fadhil Tuan Hasan Bandung, dan menyuruh ia akan hamba dengan menerangkan barang yang didalamnya daripada sekalian yang menyalahi. Maka kerana tiada dapat hamba menyalahi permintaannya itu terpaksalah hamba menyusun akan ini risalah, sekalipun hamba tiada ahli bagi yang demikian itu. Dan hamba namakan dia dengan (Al-Mazhab) Atau Tiada Haram Bermazhab, mudah-mudahan menjadikan dia oleh Allah Ta’ala ikhlas, serta member manfaat ia bagi hamba sendiri dan bagi sekalian saudara yang beragama Islam, إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ

Penyusun
‘AbdulQadir Bin ‘Abdul Mutthalib Al-Indonesi Al-Mandili

Soal Jawab : Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab

Muqadimah

(Fasal Yang Kedelapan Soal dan Jawab)

(S)       apakah mazhab tuan?
(J)        saya tiada bermazhab dan saya tiada taqlid akan imam mujtahid!

(S)       kerana apa tuan tiada bermazhab dan tiada taqlid?
(J)        saya tiada bermazhab dan tiada taqlid kerana keduanya haram!

(S)       adakah dalil tuan atas haram bermazhab dan taqlid itu?
(J)        ya, ada daripada Quran dan Hadith!

(S)       ayat yang mana menunjukkan atas haram bermazhab?
(J)        banyak, setengah daripadanya ayat

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu
tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.
(Surah Al-Isra’ ayat 36)

dan ayat

اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ

Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama
mereka sebagai pendidik selain dari Allah.
(Surah At-Taubah ayat 31)

(S)       apa jalan menunjukkan dua ayat ini atas haram bermazhab dan taqlid?

(J)        Saya tiada tahu, tuan Hasan Bandung berkata Allah Ta’ala melarang muslimin 
            bermazhab didalam dua ayat ini!

(S)       kalau begitu tuan bertaqlid akan Hasan Bandung, dan yang haram taqlid itu akan imam-imam yang empat sahaja?

(J)        rasanya tidak!

(S)       adakah ulama’ tafsir yang menafsirkan akan dua ayat itu dengan haram bermazhab dan taqlid?

(J)        entahlah! Kerana saya hanya membaca Tafsir Jalalain sahaja, dan didalamnya tiada ada berkata dengan haram bermazhab!

(S)       bolehkah ditafsirkan ayat Quran dan  Hadith dengan mengikut fikiran kita sahaja?

(J)        rasanya tiada boleh, kerana sabda Nabi s.a.w :

مَنْ قَلَ فِى الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Ertinya barang siapa berkata pada Quran dengan
ketiadaan pengetahuan maka hendaklah
membuat tempat ia baginya didalam api neraka!

(S)       manakah Hadith yang jadi dalil atas haram bermazhab?

(J)        iaitu Hadith أَطِيعُنِي مَاكُنْتُ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ dan Hadith تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ dan Hadith مَنْ أُفْتِيَ بِغَيْرِ ثَبْتِ

(S)       adakah tiga Hadith itu mengatakan haram bermazhab?
(J)        ya, ada!

(S)       siapakah yang berkata dengan bahawasanya Hadith yang tiga ini    dalil bagi haram bermazhab?

(J)        Hasan Bandung didalam risalahnya (Al-Mazhab)!

(S)       jalan mana menunjukkan Hadith yang tiga ini atas haram bermazhab?

(J)        entahlah! Saya tak tah, hanya saya mengikut akan Hasan Bandung!

(S)       yang mana lebih baik kita ikut Hasan Bandung atau Imam Syafi’e?

(J)        entahlah! Barang kali lebih baik kita ikut Imam Syafi’e kerana ‘ilmunya lebih banyak dan ia ‘alim Quraisy yang memenuhi ‘ilmunya akan muka bumi!

(S)       dari manakah tuan mengambil hukum?
(J)        dari Quran dan Hadith!

(S)       adakah cukup pada tuan segala syarat ijtihad?
(J)        ya cukup! Kerana saya sudah biasa mengajarkan Fathul Mu’in!

(S)       adakah didalam Quran dan Hadith menerangkan akan bahawasanya orang yang tahu bahasa arab qadar dapat mengajar Fathul Mu’in boleh memeriksa  hukum-hukum dari Quran dan sunah?

(J)        tentu tidak!

(S)       adakah sahabat atau ulama’ yang berkata dengan itu perkataan?
(J)        rasanya tidak ada melainkan Hasan Bandung!

(S)       dari mana Hasan Bandung mengambil akan perkataan yang tersebut?

(J)        entahlah! Tetapi berkata ia : guru-guru yang sudah boleh mengajar Fathul Qorib saya tanggung boleh memaham dari Quran dan Hadith dengan mudah. Asal sahaja rajin dan berani buang taqlid yang ditaqlid dia! Maka saya ini didalam tanggungan Hasan Bandung!

(S)       adakah orang yang lain sahaja yang diminta mendatangkan dalil dari Quran dan Hadith? Adapun Hasan Bandung maka tiada perlu mendatangkan  dalil daripada Quran dan Hadith atas segala perkataan?

(J)        tentu tidak! Kerana semua manusia itu bersamaan, seperti menuntut Hasan Bandung daripada kita akan alasan daripada Quran dan Sunnah tentu boleh juga kita tuntut daripadanya akan keterangan yang seperti itu!

(S)       kerana apa guru-guru yang biasa mengajarkan Fathul Mu’in dan pengarang bagi Fathul Mu’in sendiri dan gurunya Ibnu Hajar tiada meninggalkan mazhab dan taqlid?

(J)        tersebut didalam risalah Hasan Bandung : (tetapi lantaran takut dikata jadi kaum muda, jadi kaum wahabi lantaran hilang pengaruh maka kiyai-kiyai dan guru-guru tidak mahu berubah daripada mengaku bermazhab Syafi’e dengan palsu)1

(S)       dengan apa mengetahui oleh Hasan Bandung akan yang demikian itu? Adakah tersebut demikian itu didalam Quran dan Hadith?

(J)        entahlah! Rasanya tiada ada didalam Quran dan Hadith!

(S)       adakah telah membelah ia akan segala hati kiyai-kiyai dan guru-guru itu?

(J)        rasanya tidak!

(S)       tiadakah perkataan itu daripada jahat sangkanya terhadap kepada saudara saudaranya muslimin?

(J)        entahlah!

(S)       adakah orang yang mujtahid bersifat jahat sangka? Pada hal Allah Ta’ala berfirman :
            “bahawasanya setengah daripada zhon itu dosa”.

(J)        rasanya tidak! Kerana sekalian imam yang empat semuanya sangat takut akan Allah Ta’ala dan sangat zuhud lagi sangat wara’ lagi sangat banyak ‘ilmu mereka itu!

(S)       jikalau begitu mana yang lebih layak kita ikut? Imam-imam yang empat yang sangat takut akan Allah Ta’ala itukah atau Hasan Bandung yang jahat sangka itu?
(J)        tentu lebih baik kita ikut imam-imam yang empat!

(S)       apa sebab lebih baik kita mengikut imam-imam yang empat?
(J)        [pertama] kerana mereka itu daripada qurun yang tiga yang mensaksikan baginya oleh Rasulullah saw dengan keadaan lebih baik
[kedua] segala mazhab mereka itu dihimpun akan segala kitabnya, [ketiga] segala mazhab mereka itu diriwayatkan dengan jalan mutawattir. Adapun jalan orang yang mewajibkan ijtihad dan mengambil hukum daripada Quran dan Hadith atas sekalian muslimin seperti Hasan Bandung maka tiada mengikut akan ini jalan melainkan tiap-tiap yang taqlid yang mengikut hawa nafsunya, dan redha ia daripada dirinya, kerana membangsakan ia akan diakepada ijtihad pada ketika tiada sampai ia kepada satu pangkat daripada segala pangkat. Berkata akan dia oleh guru kami Almarhum As-Syeikh Muhammad ‘Ali
            Al-Maliki didalam risalahnya (المسٸلة المهمة) والله أعلم

(Penutup)

Taqlid dan bermazhab tiada haram atas sekalian orang awam. Allah ta’ala tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab (bertaqlid pada furu’). Rasulullah saw tiada melarang umatnya (yang awam) daripada bermazhab. Sahabat r.a tiada ada melarang akan orang awam daripada bermazhab. Bahkan ijma’ mereka itu atas membiarkan orang awam pada taqlid. Tabi’un dan tabi’uttabi’in tiada melarang mereka itu akan orang awam daripada bermazhab. Imam-imam yang empat tiada melarang akan orang awam daripada bermazhab.

Dengan sebab yang tersebut diketahui akan bahawasanya bermazhab dan taqlid tiada haram. Adapun segala keterangan Hasan Bandung pada fasal yang 13 sudah kami periksa, maka tiada ada padanya sesuatu yang sah jadi dalil atas haram bermazhab.

Sebagai penyudah aku bersedia buat bertukar fikiran dengan Hasan Bandung dan mereka yang mengharamkan bermazhab atau mengwajibkan keluar daripada mazhab.

Wajib atas orang yang mendakwa akan haram bermazhab dan akan wajib keluar dari mazhab mendatangkan dalil daripada Quran atau Hadith atau ijma’ atau qias.

والله أعلم

Rujukan

(1)        boleh ruju’ disini (Soal-Jawab) Dalam Kumpulan Risalah A.Hassan

Rujukan :         Kitab Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab, karangan Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdul Mutthalib Al-Indonesi Al-Mandili m/s53-58

Terjemahan surah al Isra' ayat 36

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

[31] Bahkan perhatikan dahulu keadaannya dan pikirkan dahulu akibatnya jika engkau hendak mengucapkan atau melakukan sesuatu.

Tafsir In Kathir

Do not speak without Knowledge

`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas said: "This means) do not say (anything of which you have no knowledge).'' Al-`Awfi said: "Do not accuse anyone of that of which you have no knowledge.'' Muhammad bin Al-Hanafiyyah said: "It means bearing false witness.'' Qatadah said: "Do not say, `I have seen', when you did not see anything, or `I have heard', when you did not hear anything, or `I know', when you do not know, for Allah will ask you about all of that.'' In conclusion, what they said means that Allah forbids speaking without knowledge and only on the basis of suspicion, which is mere imagination and illusions. As Allah says:

﴿اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ﴾

(Avoid much suspicion; indeed some suspicions are sins.) ﴿49:12﴾ According to a Hadith:

«إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّنَفَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيث»

(Beware of suspicion, for suspicion is the falsest of speech.) The following Hadith is found in Sunan Abu Dawud:

«بِئْسَ مَطِيَّةُ الرَّجُلِ: زَعَمُوا»

(What an evil habit it is for a man to say, `They claimed...')

According to another Hadith:

«إِنَّ أَفْرَى الْفِرَى أَنْ يُرِيَ الرَّجُلُ عَيْنَيْهِ مَا لَمْ تَرَيَا»

(The worst of lies is for a man to claim to have seen something that he has not seen.) In the Sahih it says:

«مَنْ تَحَلَّمَ حُلْمًا كُلِّفَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْ يَعْقِدَ بَيْنَ شَعِيرَتَيْنِ وَلَيْسَ بِفَاعِل»

(Whoever claims to have seen a dream (when he has not seen) will be told on the Day of Resurrection to make a knot between two barley grains, and he will not be able to do it.)

﴿كُلُّ أُولـئِكَ﴾

(each of those ones) means these faculties, hearing, sight and the heart,

﴿كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً﴾

(will be questioned.) means, the person will be asked about them on the Day of Resurrection, and they will be asked about him and what he did with them.

No comments:

Post a Comment