Thursday 13 August 2015

SENARAI CIRI-CIRI WAHABI

SENARAI CIRI-CIRI WAHABI

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BID'AH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BID'AH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah penambahan SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Bid'ah ini ialah bid'ah ke neraka.

Biasanya melabelkan BID'AH (yang membawa hukum berdosa dan ke neraka itu) ke atas sambutan Maulidur rasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain sekalipun tidak semestinya tokoh-tokoh yang mereka minat itu berfahaman Salafi Wahhabi. Kaum Syiah contohnya, menyandarkan fahaman mereka kepada Saiyidina Ali, padahal Saiyidina Ali tidak berfahaman Syiah pun. Hal ini hanyalah untuk menunjukkan kebiasaan kecenderungan mereka sahaja.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh, dan mereka begitu bersemangat untuk mempamerkannya kepada orang lain.

Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah, dan mereka begitu bersemangat untuk
mempamerkannya kepada orang lain.

Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripada Ibnu Taimiyyah tidak kita tolak, kita juga sokong)

Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait hari ini.

Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan yang lemah.

Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

Biasanya mereka kuat bertaqiyyah, tidak mahu mengaku diri berfahaman Salafi Wahhabi. Berbeza pula dengan penganut fahaman Syiah yang dikatakan kuat bertaqiyyah, tapi hari ini penganut Syiah lebih suka mengakui fahaman mereka dan bangga. Sudah terbalik.

Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali, Imam Nawawi dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.
Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka akan merujuk kitab-kitab besar ulama silam tetapi cetakan terkini. Kitab-kitab cetakan yang lebih awal tidak berani mereka petik. Hal ini kerana banyak kitab-kitab lama yang sudah mereka ubah isi kandungan tertentu lalu dicetak semula. Orang yang membeli kitab tanpa mahu merujuk kepada orang-orang yang ada cetakan terdahulu, akan terbeli kitab yang sudha diubahsuai.

Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah ataupun ajaran sesat.

Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan liberal dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah dan liberal di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari, mazhab Asya’irah dan Imam Maturudi.

Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi. (Kita tengok siapa rakan-rakan rapat mereka).

Biasanya tidak boleh menerima khilaf.

Biasanya menolak daripada bermazhab (sebenarnya menolak kaedah-kaedah mana-mana mazhab yang 4 iaitu Hanafi, Maliki, Safi'i atau Hanbali) tetapi bermazhab dengan (menggunakan kaedah-kaedah fiqh) mazhab diri sendiri ataupun dengan mazhab (kaedah-kaedah) tokoh-tokoh hari ini yang diminatinya.

Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah dan Ahbash walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak, iaitu beraqidah syubhat.

KESUDAHANNYA

Selepas ini janganlah ada lagi ‘MADAH BERHELAH’ seperti:
“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam IKRAM, ISMA, HALUAN, PAS atau lain-lain.”.”

Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain.

No comments:

Post a Comment